02 March 2010

Al Fatihah buat Pak Ngah ...

Minggu lepas (sekitar Jumaat/Sabtu) aku dapat perkhabaran bahawa bapa saudara yg aku panggil Pak Ngah (isterinya adik ayah aku) terlantar sakit di Hospital Alor Setar. Setahu aku Pak Ngah memang ada sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi & penyakit jantung (3 sekawan). Kali terakhir aku jumpa Pak Ngah adalah pada 6 Feb lalu masa kenduri kawin Mak Lang (adik ayah gak).

Malam Sabtu lepas emak & ayah aku call dari Pahang, saying that diaorg nak balik ke Alor Setar melawat Pak Ngah. Ayah lebih prefer bring his own car SLK 1.0 (Small Little Kenari) ke sana utk mudahkan urusan perjalanan dia di sana. That's mean memang jadi tanggungjawab aku or adik2 utk hantar my parent ke Alor Setar. Tak berani aku nak lepaskan ayah drive sorang2 ke Alor Setar for that long journey (dr Pahang ke Alor Setar). Since adik2 aku yg 2 org lagi tu masing2 punyai urusan kerja, so aku kena la ambil tanggungjawab tu. Lagipun urusan melibatkan Pak Ngah & Mak Ngah aku ni is very close to my heart. Aku pernah staying dgn family Pak Ngah for almost 4 months masa kerja as parking attendent kat Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) time tunggu result SPM in 1990 dulu.

Awal pagi Ahad lepas, my parent bertolak dr Pahang ke KL. Hampir jam 12 pm mak & ayah sampai rumah. After resting for a while, simple lunch & solat Zohor, kami bertolak ke Alor Setar using his SLK sekitar 2 pm. [Nota: aku terpaksa korbankan penyertaan aku dlm golf tournament UUM Class of 93/97 yg sepatutnya start pada 1 pm di Bukit Kemuning Golf & Country Club. Sorry gang, family first walaupun duit penyertaan aku RM185 tu burn camtu aje].

Sekitar 4:30 pm, kami dekat area Gopeng dpt phone call dari Mak Ndak, "Pak Ngah dah takde". Sedih sangat aku time tu. Teringat2 aku pada his jokes, kebaikan dia & segala kenangan aku dgn Pak Ngah.

Kami stop utk solat Asar around 5 pm kat before continue our journey to Alor Setar. Singgah kat umah kakak aku kejap for solat Maghrib & dinner before ke rumah Pak Ngah di Alor Janggus (nearby Alor Setar) sampai around 9 pm.

Kami terus menziarahi jenazah Pak Ngah. Nampak tenang sangat. Sedih betul aku time tu. Aku menangis depan Mak Ngah. Mak Ngah tak putus2 berterima kasih atas kehadiran kami. Mak Ngah siap cakap dia benar2 berharap aku hadir ziarah Pak Ngah.

Malam tu aku tidur di rumah Mak Ngah, berhampiran jenazah Pak Ngah utk rehatkan badan; tu pun almost 3 am baru boleh terlelap. 5:30 am bangun mandi, solat Subuh before bersiap utk pengkebumian Pak Ngah. Diringkaskan cerita, jenazah Pak Ngah dimandikan sekitar 10 am sebelum dibawa utk solat jenazah pada 11 am. Majlis pengkebumian selesai 12:30 pm.

Semoga Allah SWT merahmati segala kebaikan Allahyarham Hj Azmi Md Din, dibebaskan daripada seksaan kubur & beroleh rahmat Allah di akhirat kelak.

:(