04 January 2013

Aku masih di sini

Salam

Wow! Lama betul aku 'bercuti' daripada menconteng di blog ini. Rasanya the last time aku menulis was some time in late 2010. Sekarang dah masuk tahun 2013. Dah lebih 2 tahun bersawang. Huhuhu ;)

Tiada alasan atas kemalasan yang melanda tu. Banyak perkara yang aku lalui sepanjang tempoh itu. Antaranya aku bertukar ke Unit yang baru mulai 1 Oktober 2011. Cabaran baru di Unit ini sangat-sangat menuntut passion dan ketelitian yang tinggi. Alhamdulillah, aku yakin I'm on the right track at this position. Ringkasnya kerja baru ini memerlukan aku sentiasa 'terbang' ke Sabah dan Sarawak. Nanti ada kesempatan akan aku ceritakan lebih lanjut berkenaan kerja baru ni.

Btw, aku dah berjaya cari alasan untuk 'cuti panjang daripada blogging' ni. Sebenarnya aku terlupa login ID utk ke blog ni. Hahahaha. Aku baru teringat yang login ID ke blog ni aku gunakan email 'streamyx'. Dah lebih setahun aku gunakan 'Unifi". Padan la aku try login a few times, manjang unsuccessful aje.

Ok, take a break dulu. Hopefully next posting takkan ambil masa lebih 2 tahun lagi :D

No comments:

Post a Comment