31 May 2010

Misi kemanusiaan



Pada 28 Mei 2010 (Jumaat) lepas aku & Meeza telah ke Yong Peng, Johor untuk menemui Mazian. Seawal 5:15 am kami kluar umah untuk elakkan kesesakan jalanraya sebab cuti hujung minggu yang panjang sempena Hari Wesak. Sampai di R&R Seremban, kami stop untuk breakfast & solat Subuh. 6:15 am kami bergerak dari situ menuju Yong Peng. Seawal 8:30 am kami dah sampai exit Yong Peng & terus menuju tempat Yan & anak2 menetap. Mereka menetap di rumah kedai mak Mazian yg disewa sebagai kedai menjual cermin mata (KK Vision). Lokasinya betul2 di tengah Pekan Yong Peng.



Yan nampak lebih tenang & ceria berbanding keadaannya di Hospital Selayang tempohari. Dia pun dah mampu tersenyum. Anak2 Yan pun dah semuanya dipindahkan ke Yong Peng.


Lawatan kami itu sepatutnya disertai oleh Bang Bull & Faiz – tapi last minute depa tak jadi pergi bimbang keadaan kesihatan Faiz yang menunggu hari je utk kelahiran anak ke-3 mereka. Takpe la, kesihatan Faiz tu lebih penting. Ziarah Yan ni boleh dibuat di lain kesempatan.

Kunjungan melawat Mazian juga sepatutnya disertai oleh wakil Puteri UMNO (thanks to our friend – Ida Harlina Ikhwan Nasir yg banyak membantu) & ketua kampung.

Sementara menunggu ketibaan mereka (aku janji nak jumpa mereka tu around 9:30 am), aku & Meeza bertanyakan kisah sebenar yg berlaku pd Yan. Menurutnya penderaan fizikal & mental yg dihadapinya dah berlaku right after her wedding, lebih kurang 13 tahun yang lalu. Sifat Yan yg suka memendam masalah rumahtangganya semakin menekan dirinya sehingga mereka berpindah ke Kuala Lumpur 5-6 tahun lepas. Di sini pun mereka menempuh hidup yang sukar atas desakan ekonomi, masalah penjagaan anak2, peluang pekerjaan yang amat terhad dll masalah di samping masalah rumah tangga yang tak pernah padam. Aku tak mau komen lebih lanjut buat masa ini.

9:30 am aku pergi menemui ketua kampung, Ketua Puteri UMNO Parit Sulong (Cik Aileen) & Ketua Puteri UMNO Ayer Hitam (Puan Nurhayati) untuk berbincang plan susulan. Secara ringkas juga aku menerangkan kisah Yan. Aku tak hadapi banyak masalah sebab mereka semua kenal dgn keluarga & Yan sendiri.

10 am kami semua bergerak ke rumah kedai mak Yan bagi menemui Yan yg terbaring di tingkat bawah. Ketua kampung & Puteri UMNO tanpa banyak soal, menyatakan komitmen mereka membantu Yan. Kami juga menerangkan beberapa checklist yang perlu diambil tindakan oleh Yan demi memelihara hak Yan & anak2nya.



Pihak2 yg menyokong Mazian di Yong Peng (keluarga, ketua kampung & Puteri UMNO)



Masing2 tengah go through checklist untuk tindakan Mazian

Aku & Meeza beredar dari situ sekitar jam 10:30 am untuk beberapa urusan lain (singgah Pekan Ayer Hitam – beli pasu & some kerepek; ke Parit Raja (melawat Razana Md Yusof – our UUM fren gak; budak Ekonomi; schoolmate aku masa Sek Men) & ke Parit Jawa (melawat cikgu aku). Dalam hati kami puas sebab berjaya menyampaikan amanah kawan2 dalam usaha membantu Yan & anak2.



Kami dah sampaikan semua salam kawan2 buat Yan. Yan menzahirkan ucapan ribuan terima kasih & setinggi2 penghargaan di atas keprihatinan kawan2. Kata Yan, “Tak terbalas budi baik kalian”.

Buat catatan, tak kurang daripada RM3,200 telah berjaya dihimpunkan di kalangan rakan2 UUM 93/97 dalam usaha membantu Mazian & anak2. Terima kasih aku ucapkan atas budi baik & keprihatinan korang. Semoga Allah SWT yg membalas semua kebaikan itu.

4 comments:

  1. Salam Bro,

    Jasa you dan kawan2 you untuk your fren ni dan keluarga mmg besar. Tabik kat you and your fren. Usaha murni sebegini mmg wajib diteruskan. Hope one fine day i pun nak join program sebegini. Keep it up. Tahniah

    ReplyDelete
  2. TQ bro 4 ur support. Hari ini kita bantu org, entah2 esok lusa org lain plak bantu kita. Hidup ni macam roda.

    "Hari ni saya bantu saudari, esok2 saudari bantu saya pulak"
    - Dah mcm dialog Madu 3 la plak. kekekeke

    ReplyDelete
  3. Salam Dato'

    Nice. Keep it up... Bab tolong kawan2 tu la. Bukan bab madu 3 tu.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Idi: don't worry, aku x cakap dialoq tu kat Mazian. kekeke

    ReplyDelete