08 August 2010

Merintis kejayaan membentuk kecemerlangan

Salam

Dalam posting aku bertarikh 11 Mei 2010, ada aku sebutkan berkenaan hasrat aku kembali ke SMJ6 untuk projek susulan membantu pelajar di sana. Alhamdulillah, hasrat itu akhirnya terlaksana pada 31 Julai 2010; bermula pada jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang.

Untuk tujuan itu, aku telah mendapatkan khidmat nasihat daripada
Dr Hj Ridzwan Bakar, seorang penulis buku panduan haji yang terkenal yang juga kenalan di tempat kerja. Dr Hj Ridzwan mencadangkan agar program susulan aku di SMJ6 ini dibuat dalam bentuk bengkel (workshop).[Nota: Dr Hj Ridzwan adalah penulis buku 'Haji Muda: Tip-tip menjadi tetamu Allah']

Program bengkel motivasi yang aku namakan 'Merintis Kejayaan Membentuk Kecemerlangan' dirasmikan oleh YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru. Tertarik betul aku dengan ucapan perasmian secara impromptu oleh YDP PIBG yang memberi penekanan akan aspek kepentingan ilmu pengetahuan. Pengalaman beliau yang lama berkhidmat sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penglibatan dalam aktiviti PIBG di sekolah-sekolah yang lain sebelum ini sangat berguna kepada SMJ6 secara keseluruhannya.

Bengkel motivasi berkenaan dihadiri oleh 51 orang pelajar yang merangkumi sekitar 10 orang pelajar terbaik daripada setiap Tingkatan (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5). Oleh kerana kesuntukan masa & format bengkel yang agak padat, aku tak dapat luangkan banyak masa untuk mengenali adik2 SMJ6 itu. Pengisian bengkel banyak berkisar kepada perbincangan kumpulan, presentation & masa yang amat terhad untuk aku kongsikan tip-tip belajar buat adik2 SMJ6. Alhamdulillah kesemua 51 pelajar ini kekal mengikuti bengkel ini sehingga jam 4:30 petang.


Secara umum, bengkel berkenaan menggariskan berkenaan aspek Wawasan Hidup dan Penilaian Diri. Kemuncak program adalah apabila setiap pelajar diminta mengenalpasti kekuatan & kelemahan diri dan persekitaran mereka. Aku perkenalkan mereka dengan SWOT analysis. Maaf adik-adik jika ianya agak heavy bagi korang. Biarpun aku sendiri agak kurang yakin pada permulaan akan kesesuaiannya tapi selepas melihat hasil pembentangan sekurang-kurangnya 3 kumpulan (daripada keseluruhan 5 kumpulan) aku amat berpuas hati dengan hasilnya. Analisis terbaik berjaya dihasilkan oleh Ain manakala Ecah amat berani & penuh keyakinan diri.

Jika diberi pilihan untuk memilih peserta terbaik, 2 orang pasti beroleh pengiktirafan itu. Mereka adalah adik Wan Nur Aishah (Ecah) & adik Nor Hafizatul Ain (Ain) - kedua2nya pelajar Tingkatan 4. Pesanan aku buat kedua mereka ini - buangkan sifat 'inferiority complex' dalam diri anda. Trust me, you have what it takes to be a successful person. Tingkatkan usaha anda, be brave & be confident.

Dari kiri: Ain & Ecah. Gambar daripada FB Cikgu Lily


Tugasan buat Ecah & Ain: Cari makna 'inferiority complex'



InsyaAllah, jika ada kesempatan & undangan lagi - aku ingin kembali lagi ke SMJ6 untuk misi yang sama. Kali ini mungkin kita boleh buat dalam suasana yang lebih santai dan informal. My term remains the same - it's FOC ;)

6 comments: