Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

08 August 2010

Merintis kejayaan membentuk kecemerlangan

Salam

Dalam posting aku bertarikh 11 Mei 2010, ada aku sebutkan berkenaan hasrat aku kembali ke SMJ6 untuk projek susulan membantu pelajar di sana. Alhamdulillah, hasrat itu akhirnya terlaksana pada 31 Julai 2010; bermula pada jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang.

Untuk tujuan itu, aku telah mendapatkan khidmat nasihat daripada
Dr Hj Ridzwan Bakar, seorang penulis buku panduan haji yang terkenal yang juga kenalan di tempat kerja. Dr Hj Ridzwan mencadangkan agar program susulan aku di SMJ6 ini dibuat dalam bentuk bengkel (workshop).[Nota: Dr Hj Ridzwan adalah penulis buku 'Haji Muda: Tip-tip menjadi tetamu Allah']

Program bengkel motivasi yang aku namakan 'Merintis Kejayaan Membentuk Kecemerlangan' dirasmikan oleh YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru. Tertarik betul aku dengan ucapan perasmian secara impromptu oleh YDP PIBG yang memberi penekanan akan aspek kepentingan ilmu pengetahuan. Pengalaman beliau yang lama berkhidmat sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penglibatan dalam aktiviti PIBG di sekolah-sekolah yang lain sebelum ini sangat berguna kepada SMJ6 secara keseluruhannya.

Bengkel motivasi berkenaan dihadiri oleh 51 orang pelajar yang merangkumi sekitar 10 orang pelajar terbaik daripada setiap Tingkatan (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5). Oleh kerana kesuntukan masa & format bengkel yang agak padat, aku tak dapat luangkan banyak masa untuk mengenali adik2 SMJ6 itu. Pengisian bengkel banyak berkisar kepada perbincangan kumpulan, presentation & masa yang amat terhad untuk aku kongsikan tip-tip belajar buat adik2 SMJ6. Alhamdulillah kesemua 51 pelajar ini kekal mengikuti bengkel ini sehingga jam 4:30 petang.


Secara umum, bengkel berkenaan menggariskan berkenaan aspek Wawasan Hidup dan Penilaian Diri. Kemuncak program adalah apabila setiap pelajar diminta mengenalpasti kekuatan & kelemahan diri dan persekitaran mereka. Aku perkenalkan mereka dengan SWOT analysis. Maaf adik-adik jika ianya agak heavy bagi korang. Biarpun aku sendiri agak kurang yakin pada permulaan akan kesesuaiannya tapi selepas melihat hasil pembentangan sekurang-kurangnya 3 kumpulan (daripada keseluruhan 5 kumpulan) aku amat berpuas hati dengan hasilnya. Analisis terbaik berjaya dihasilkan oleh Ain manakala Ecah amat berani & penuh keyakinan diri.

Jika diberi pilihan untuk memilih peserta terbaik, 2 orang pasti beroleh pengiktirafan itu. Mereka adalah adik Wan Nur Aishah (Ecah) & adik Nor Hafizatul Ain (Ain) - kedua2nya pelajar Tingkatan 4. Pesanan aku buat kedua mereka ini - buangkan sifat 'inferiority complex' dalam diri anda. Trust me, you have what it takes to be a successful person. Tingkatkan usaha anda, be brave & be confident.

Dari kiri: Ain & Ecah. Gambar daripada FB Cikgu Lily


Tugasan buat Ecah & Ain: Cari makna 'inferiority complex'



InsyaAllah, jika ada kesempatan & undangan lagi - aku ingin kembali lagi ke SMJ6 untuk misi yang sama. Kali ini mungkin kita boleh buat dalam suasana yang lebih santai dan informal. My term remains the same - it's FOC ;)

11 May 2010

Sirih pulang ke gagang

8 Mei 2010 - aku kembali lagi ke sekolah lama ku Sek Men Keb Jengka 6. Hampir 20 tahun aku tinggalkan sekolah tu. Rasanya kali terakhir aku masuk ke SMJ6 adalah masa 2nd year Matric, back in 1992. Lepas pada tu, aku hanya ronda2 lalu sekitar kawasan sekolah tu. Kebetulan dekat situ juga terletak sekolah TADIKA & sekolah rendah aku. Aku biasanya ronda2 ngan anak2 aku sambil ceritakan betapa sukarnya zaman persekolahan aku.

Kembali ke tanggal 8 Mei 2010 tu. Kali ini kunjungan aku amat berbeza. Aku diberikan kepercayaan untuk memberikan ceramah motivasi buat para pelajar Form 3 & Form 5; semuanya seramai 192 orang.

Aku mengambil cuti dari majikan khusus untuk tujuan ini. Aku sampai SMJ6 seawal 8 am, biar pun sesi aku seharusnya bermula 9 am. Masa aku sampai tu perhimpunan khas hari Isnin masuh berlangsung. Bila sampai je di pintu masuk sekolah, aku ditarik oleh Cikgu Razif (sama2 main bola di padang belia J6 dulu) untuk sama2 menyertai perhimpunan sekolah. Terasa bangga gak dapat duduk di depan semua pelajar SMJ6, sebelah ngan Pengetua! Terbayang kenangan aku masa jadi Ketua Pengawas back in year 1990. Sempat gak aku berbual dgn Pengetua, Tuan Hj Hayuddin Hj Md Suhor berkenaan zaman persekolahan aku.

Tamat sahaja perhimpunan sekitar jam 8:30 am, para pelajar Form 3 & Form 5 terus diminta berhimpun di Dewan SMJ6. Aku ambil masa sekitar 10 minit untuk persiapan. Seawal 8:45 am, program perkongsian ilmu (read it as 'Ceramah Motivasi') aku bermula. Sesi perkongsian ilmu aku ni turut disertai oleh Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan serta beberapa orang guru.

Terasa terharu sangat apabila para pelajar yg hadir berikan tepukan gemuruh apabila Cikgu Che Wan Kamsiah, Guru Bimbingan Kaunseling memperkenalkan diri aku sebagai 'bekas pelajar SMJ6 yang berjaya'. "Alhamdulillah, aku bersyukur dengan kurniaanMu ini Ya Allah", bisik hati aku.

Di awal sesi aku tekankan pada para pelajar yg hadir, "Abaikan perbezaaan yang wujud antara kita, sebaliknya lihatlah persamaan antara kita". Aku sempat berikan beberapa persamaan yg wujud antara aku & my audience tu. Antaranya:

- Anak peneroka FELDA
- Dibesarkan di persekitaran FELDA
- Latar belakang ekonomi keluarga yang susah
- Kemudahan infrastruktur yg amat terhad
- Melalui zaman kanak-kanak yang sukar

Mesej aku untuk adik2 tu, "Kalau saya boleh capai apa yg saya miliki pada hari ini, tiada sebab untuk adik2 tidak boleh menyamai atau melebihi pencapaian saya".

Beberapa tips aku kongsikan di samping beberapa aktiviti simulasi secara umum. Aku juga tak lupa minta mereka nyanyikan beberapa lagu motivasi yang mampu menyuntik semangat mereka seperti Gemilang (Ella), Gemilang (Jac Victor), Standing in the Eyes of the World (Ella) & Fikirkan Boleh (Metropolitan).

(Aku pernah dimaklumkan bahawa Lagu Sekolah SMJ6 telah lama lenyap daripada sekolah tu. Entah di mana silapnya, lagu yang dicipta oleh Mr Yap Pekan pada 1988 telah lama pupus)

Aku pun ambil kesempatan itu untuk share beberapa perkara yang aku masih ingat mengenai SMJ6 termasuklah lagu sekolah. Sambil aku tunjukkan lirik lagu tu, para pelajar yg ada tu mcm berpakat plak suruh aku nyanyi lagu sekolah. Puas aku mengelak, lastly kena gak menyanyi. Walaupun aku mmg fail bab nyanyi ni, tapi demi SMJ6 aku gagahkan gak diri ini. Huhuhu

Program aku habis sekitar 10:45 am. Walaupun aku dah mention yang khidmat yang aku berikan adalah percuma, namun pihak sekolah tetap berikan cenderahati berupa kain pelikat, pendant SMJ6 & air kotak. Terima kasih banyak2. Aku kemudiannya dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati sedikit jamuan ringan.

Cikgu Che Wan Kamsiah minta aku kembali ke SMJ6 untuk bimbingan motivasi bagi focus group plak. Aku cadangkan fokus diberikan pada 20-30 orang pelajar cemerlang yg bakal menduduki PMR, SPM & few best students dari Form 1, Form 2 & Form 4. Secara umumnya Cikgu Che Wan bersetuju. Akan aku cuba design program yg bersesuaian untuk tujuan itu, InsyaAllah

p/s Sorry x sempat nak snap gambar event tu. Masa tgh bagi talk x sempat snap photos, lepas abih talk tu rushing balik KL plak.