31 May 2010

Misi kemanusiaan



Pada 28 Mei 2010 (Jumaat) lepas aku & Meeza telah ke Yong Peng, Johor untuk menemui Mazian. Seawal 5:15 am kami kluar umah untuk elakkan kesesakan jalanraya sebab cuti hujung minggu yang panjang sempena Hari Wesak. Sampai di R&R Seremban, kami stop untuk breakfast & solat Subuh. 6:15 am kami bergerak dari situ menuju Yong Peng. Seawal 8:30 am kami dah sampai exit Yong Peng & terus menuju tempat Yan & anak2 menetap. Mereka menetap di rumah kedai mak Mazian yg disewa sebagai kedai menjual cermin mata (KK Vision). Lokasinya betul2 di tengah Pekan Yong Peng.



Yan nampak lebih tenang & ceria berbanding keadaannya di Hospital Selayang tempohari. Dia pun dah mampu tersenyum. Anak2 Yan pun dah semuanya dipindahkan ke Yong Peng.


Lawatan kami itu sepatutnya disertai oleh Bang Bull & Faiz – tapi last minute depa tak jadi pergi bimbang keadaan kesihatan Faiz yang menunggu hari je utk kelahiran anak ke-3 mereka. Takpe la, kesihatan Faiz tu lebih penting. Ziarah Yan ni boleh dibuat di lain kesempatan.

Kunjungan melawat Mazian juga sepatutnya disertai oleh wakil Puteri UMNO (thanks to our friend – Ida Harlina Ikhwan Nasir yg banyak membantu) & ketua kampung.

Sementara menunggu ketibaan mereka (aku janji nak jumpa mereka tu around 9:30 am), aku & Meeza bertanyakan kisah sebenar yg berlaku pd Yan. Menurutnya penderaan fizikal & mental yg dihadapinya dah berlaku right after her wedding, lebih kurang 13 tahun yang lalu. Sifat Yan yg suka memendam masalah rumahtangganya semakin menekan dirinya sehingga mereka berpindah ke Kuala Lumpur 5-6 tahun lepas. Di sini pun mereka menempuh hidup yang sukar atas desakan ekonomi, masalah penjagaan anak2, peluang pekerjaan yang amat terhad dll masalah di samping masalah rumah tangga yang tak pernah padam. Aku tak mau komen lebih lanjut buat masa ini.

9:30 am aku pergi menemui ketua kampung, Ketua Puteri UMNO Parit Sulong (Cik Aileen) & Ketua Puteri UMNO Ayer Hitam (Puan Nurhayati) untuk berbincang plan susulan. Secara ringkas juga aku menerangkan kisah Yan. Aku tak hadapi banyak masalah sebab mereka semua kenal dgn keluarga & Yan sendiri.

10 am kami semua bergerak ke rumah kedai mak Yan bagi menemui Yan yg terbaring di tingkat bawah. Ketua kampung & Puteri UMNO tanpa banyak soal, menyatakan komitmen mereka membantu Yan. Kami juga menerangkan beberapa checklist yang perlu diambil tindakan oleh Yan demi memelihara hak Yan & anak2nya.



Pihak2 yg menyokong Mazian di Yong Peng (keluarga, ketua kampung & Puteri UMNO)



Masing2 tengah go through checklist untuk tindakan Mazian

Aku & Meeza beredar dari situ sekitar jam 10:30 am untuk beberapa urusan lain (singgah Pekan Ayer Hitam – beli pasu & some kerepek; ke Parit Raja (melawat Razana Md Yusof – our UUM fren gak; budak Ekonomi; schoolmate aku masa Sek Men) & ke Parit Jawa (melawat cikgu aku). Dalam hati kami puas sebab berjaya menyampaikan amanah kawan2 dalam usaha membantu Yan & anak2.



Kami dah sampaikan semua salam kawan2 buat Yan. Yan menzahirkan ucapan ribuan terima kasih & setinggi2 penghargaan di atas keprihatinan kawan2. Kata Yan, “Tak terbalas budi baik kalian”.

Buat catatan, tak kurang daripada RM3,200 telah berjaya dihimpunkan di kalangan rakan2 UUM 93/97 dalam usaha membantu Mazian & anak2. Terima kasih aku ucapkan atas budi baik & keprihatinan korang. Semoga Allah SWT yg membalas semua kebaikan itu.

25 May 2010

Pilihan hidup

Salam ...

Dalam kehidupan, kita sering berhadapan dengan keperluan untuk membuat pilihan. Untuk jadi baik ataupun untuk jadi nakal (mcm Chah!). Untuk jadi taat ataupun engkar; untuk sopan ataupun kasar; to be or not to be dll.

Aku juga diberi pilihan untuk mengikuti rombongan memancing di One Phantom Bank (Nota: aku ni bukan kaki pancing pun) pada 16 - 17 Mei baru-baru ni - Ahad & Isnin. Mulanya aku fikirkan tarikh2 tu adalah hujung minggu (Sabtu & Ahad). Bila dah betul2 hampir dengan tarikh tu baru la aku perasan yang aku tak boleh nak join Panjang, Pai Black, PG & few other friends utk trip tu.

Nak main golf pun, tak brapa nak confident so Sabtu 15 Mei tu aku habiskan masa di rumah saja ngan Meeza & anak2. Ahad 16 Mei tu Hari Guru; paginya aku hantarkan ucapan Hari Guru buat bekas-bekas cikgu aku & rakan2 yg berkhidmat sebagai guru. Pagi tu gak, Meeza ajak ke rumah my mother in law kat Tmn Seri Gombak. (My mother in law tu pesara guru).

Dalam perjalanan ke Seri Gombak, aku terima satu text message dr seorang kawan lama yg bertulis (ringkas aje) "Wad 6c, 17, hospital selayang". Kawan lama ni antara classmate aku & Meeza semasa Matrikulasi UUM 91-93 dulu. Masa degree, dia ambil Accounting. Buat masa ni, cukup la aku namakan dia Mazian. Kawan2 rapat panggil Yan aje.

Mazian ni bekas pelajar MRSM Jasin (1989-90); antara budak pandai dlm kelas aku; antara pesaing hebat aku dlm subjek Maths selain Faiz (wife Bulat). Very soft spoken, polite & tak pernah berkasar dengan orang lain. Aktif dengan aktiviti Persatuan Pelajar Islam (PPI), team kompang, mahir berbahasa Mandarin. Lepas grad, Mazian kahwin dgn insan pilihan hatinya. Tak banyak info yg aku tahu pasal husband dia tu. Sehingga kini, Mazian punyai 6 orang cahaya mata (usia 2-12 tahun; 5 lelaki & 1 perempuan).

Lawatan ke Hospital Selayang sekitar jam 12:30 pm, pd Ahad 16 Mei 2010 menemukan kami sekeluarga dengan Mazian selepas lebih 2 tahun tak berjumpa. Kali terakhir jumpa Mazian & anak2 adalah pd 29 Disember 2007 masa UUM Class of 93/97 Reunion di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC). Mazian mengalami kemalangan apabila motorsikal yg ditunggangnya merempuh kereta pd Jumaat / Sabtu sebelum itu (maaf, aku tiada maklumat lanjut berkenaan kemalangan itu). Yan mengalami kecederaan patah tangan tangan, pergelangan kaki kanan & luka2 lain di lutut kanan.

Kami juga dimaklumkan oleh jururawat bertugas mengenai kesan-kesan 'luka lama' yg ada di tubuh Mazian.(Jeng jeng jeng ... - kisah ini baru bermula). Apa kesan2 'luka lama' tu aku tak boleh disclose lagi kat sini atas sebab2 tertentu. Yang pasti Yan memang dlm keadaan trauma. The worst part adalah Yan kini dah tak mampu nak menangis lagi. "Dah kering air mata", katanya.

Ringkasnya, pd malam Sabtu 16 Mei 2010 baru2 ni aku dah hantar lebih 200 text messages about 4 pages each (so total of > 800 text messages) kpd kawan2 rapat memohon bantuan rakan2 rapat untuk membantu Yan. Alhamdulillah hingga ke saat ini, aku dah berjaya himpunkan hampir RM3,000 untuk bantuan segera buat Yan & anak2. InsyaAllah bantuan2 lain akan menyusul sedikit masa lagi.

Terima kasih kawan2 kerana menyokong aku & Meeza dalam usaha membantu Yan & anak2. Semoga Allah SWT membalas budi baik kalian.

Alhamdulillah, bersyukur aku memilih untuk menolak pelawaan ke One Phantom Bank tu pd 16-17 Mei tu kerana dengan keputusan ini banyak perkara yg dapat aku uruskan pd dua2 tarikh berkenaan - mostly berkait rapat dengan kebajikan Yan & anak2. Isnin 17 Mei - secara tak langsung, aku telah uruskan perpindahan persekolahan anak2 Yan ke Yong Peng. [Macamana aku buat, biarlah rahsia buat masa ini]

REUNION_238
Mazian: 6 dari kiri


Terkini - keadaan Mazian di Hospital Selayang tempohari:



Aku percaya, kawan2 yang sudi menghulurkan sumbangan telah memilih untuk membantu Yan & anak2. Aku yakin sumbangan ikhlas ini akan beroleh keberkatan & pembalasan yang sewajarnya dpd Allah SWT.

Pilihan seterusnya terletak pd Mazian - untuk berterusan 'menderita' sebegini atau memilih untuk berubah. Yakin lah, kami semua di belakang mu Yan

11 May 2010

Sirih pulang ke gagang

8 Mei 2010 - aku kembali lagi ke sekolah lama ku Sek Men Keb Jengka 6. Hampir 20 tahun aku tinggalkan sekolah tu. Rasanya kali terakhir aku masuk ke SMJ6 adalah masa 2nd year Matric, back in 1992. Lepas pada tu, aku hanya ronda2 lalu sekitar kawasan sekolah tu. Kebetulan dekat situ juga terletak sekolah TADIKA & sekolah rendah aku. Aku biasanya ronda2 ngan anak2 aku sambil ceritakan betapa sukarnya zaman persekolahan aku.

Kembali ke tanggal 8 Mei 2010 tu. Kali ini kunjungan aku amat berbeza. Aku diberikan kepercayaan untuk memberikan ceramah motivasi buat para pelajar Form 3 & Form 5; semuanya seramai 192 orang.

Aku mengambil cuti dari majikan khusus untuk tujuan ini. Aku sampai SMJ6 seawal 8 am, biar pun sesi aku seharusnya bermula 9 am. Masa aku sampai tu perhimpunan khas hari Isnin masuh berlangsung. Bila sampai je di pintu masuk sekolah, aku ditarik oleh Cikgu Razif (sama2 main bola di padang belia J6 dulu) untuk sama2 menyertai perhimpunan sekolah. Terasa bangga gak dapat duduk di depan semua pelajar SMJ6, sebelah ngan Pengetua! Terbayang kenangan aku masa jadi Ketua Pengawas back in year 1990. Sempat gak aku berbual dgn Pengetua, Tuan Hj Hayuddin Hj Md Suhor berkenaan zaman persekolahan aku.

Tamat sahaja perhimpunan sekitar jam 8:30 am, para pelajar Form 3 & Form 5 terus diminta berhimpun di Dewan SMJ6. Aku ambil masa sekitar 10 minit untuk persiapan. Seawal 8:45 am, program perkongsian ilmu (read it as 'Ceramah Motivasi') aku bermula. Sesi perkongsian ilmu aku ni turut disertai oleh Tuan Pengetua, Guru Penolong Kanan serta beberapa orang guru.

Terasa terharu sangat apabila para pelajar yg hadir berikan tepukan gemuruh apabila Cikgu Che Wan Kamsiah, Guru Bimbingan Kaunseling memperkenalkan diri aku sebagai 'bekas pelajar SMJ6 yang berjaya'. "Alhamdulillah, aku bersyukur dengan kurniaanMu ini Ya Allah", bisik hati aku.

Di awal sesi aku tekankan pada para pelajar yg hadir, "Abaikan perbezaaan yang wujud antara kita, sebaliknya lihatlah persamaan antara kita". Aku sempat berikan beberapa persamaan yg wujud antara aku & my audience tu. Antaranya:

- Anak peneroka FELDA
- Dibesarkan di persekitaran FELDA
- Latar belakang ekonomi keluarga yang susah
- Kemudahan infrastruktur yg amat terhad
- Melalui zaman kanak-kanak yang sukar

Mesej aku untuk adik2 tu, "Kalau saya boleh capai apa yg saya miliki pada hari ini, tiada sebab untuk adik2 tidak boleh menyamai atau melebihi pencapaian saya".

Beberapa tips aku kongsikan di samping beberapa aktiviti simulasi secara umum. Aku juga tak lupa minta mereka nyanyikan beberapa lagu motivasi yang mampu menyuntik semangat mereka seperti Gemilang (Ella), Gemilang (Jac Victor), Standing in the Eyes of the World (Ella) & Fikirkan Boleh (Metropolitan).

(Aku pernah dimaklumkan bahawa Lagu Sekolah SMJ6 telah lama lenyap daripada sekolah tu. Entah di mana silapnya, lagu yang dicipta oleh Mr Yap Pekan pada 1988 telah lama pupus)

Aku pun ambil kesempatan itu untuk share beberapa perkara yang aku masih ingat mengenai SMJ6 termasuklah lagu sekolah. Sambil aku tunjukkan lirik lagu tu, para pelajar yg ada tu mcm berpakat plak suruh aku nyanyi lagu sekolah. Puas aku mengelak, lastly kena gak menyanyi. Walaupun aku mmg fail bab nyanyi ni, tapi demi SMJ6 aku gagahkan gak diri ini. Huhuhu

Program aku habis sekitar 10:45 am. Walaupun aku dah mention yang khidmat yang aku berikan adalah percuma, namun pihak sekolah tetap berikan cenderahati berupa kain pelikat, pendant SMJ6 & air kotak. Terima kasih banyak2. Aku kemudiannya dijemput ke kantin sekolah untuk menikmati sedikit jamuan ringan.

Cikgu Che Wan Kamsiah minta aku kembali ke SMJ6 untuk bimbingan motivasi bagi focus group plak. Aku cadangkan fokus diberikan pada 20-30 orang pelajar cemerlang yg bakal menduduki PMR, SPM & few best students dari Form 1, Form 2 & Form 4. Secara umumnya Cikgu Che Wan bersetuju. Akan aku cuba design program yg bersesuaian untuk tujuan itu, InsyaAllah

p/s Sorry x sempat nak snap gambar event tu. Masa tgh bagi talk x sempat snap photos, lepas abih talk tu rushing balik KL plak.

Selamat tinggal ...




Tanggal 7 Mei 2010 merupakan tarikh perpisahan kau dan aku. Semenjak kau ku miliki mulai Disember 2004, banyak pengalaman yang kita lalui bersama. Bukan sahaja diriku, bahkan seluruh keluarga ku banyak kenangan manis bersama mu.

Namun sejak akhir-akhir ini aku sedari aku tak mampu lagi memiliki mu. Ku terpaksa relakan perpisahan ini. Biarpun pedih namun masing2 antara kita perlu memilih jalan hidup yang berbeza kini.

Untuk mu, terima lah bait-bait lagu dendangan Broery Marantika ini buat kenangan hampir 6 tahun kita bersama ...

PAMIT (SELAMAT TINGGAL)

ijinkan aku pergi
apa lagi yang engkau tangisi
semogalah penggantiku
dapat lebih mengerti hatimu

memang berat kurasa
meninggalkan kasih yang kucinta
namun bagaimana lagi
semuanya harus kujalani

selamat tinggal
kudoakan kau selalu bahagia
hanya pesanku
jangan lupa kirimkan kabarmu

bila suatu hari
dia membuat kecewa di hati
batin ini takkan rela
mendengarmu hidup menderita

sayang, walau kebersamaan kita hanya sesaat
namun kau tetap bagian dari jiwaku
kuiringi kepergianmu dengan ikhlas hati
semoga kelak kita dapat bersatu lagi



Selamat tinggal ...

11 April 2010

Happy Birthday Meeza


Selamat menyambut hari lahir yang ke-37 buat isteri tersayang, Normeeza Sahidin; Meeza dilahirkan pd tanggal 11 April 1973 di Kluang, Johor. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagian, rezeki yang murah serta keredhaan dpd Allah SWT di dunia & akhirat.

Happy birthday sayang from all of us:

Azhar Omar
Azzaliyana Azeem Azhar
Aiman Azeem Azhar
Ammir Azeem Azhar

p/s Our kids have 'Azeem' as part of their name; it refers to 'Meeza' actually on top of its real meaning

10 April 2010

Semoga segera sembuh sahabatku



Tanggal 8 Apr 2010 baru2 ni aku menerima text message dpd sahabat baik ku masa Form 4 - Form 5, Norol Azura Muhamad spt berikut:

“Aku disahkan kena tibi. batuk dan demam yg berpanjangan baru ni rupanya tibi. Aku x lalu makan dkt 3 minggu dah. berat aku hilang 6 kg. x masuk ward cuma Dr bagi MC 16 hari. Tiap2 hari kena gi cucuk dgn makan ubat kat spital sebanyak 200 biji. Dlm 6 bulan lebih, rawatannya x leh miss sehari pun. Dugaan besar buat aku. Kena lalui juga”

Update dpd Norol petang tadi, 10 Apr 2010:

“Masih x bermaya. Asyik terbaring je lah. Batuk pun kuat lagi. X buka2 pun Facebook. X berdaya nak buat apa pun. Anak pun dgn pengasuh. Urusan rumah semua anak2 pompuan aku yg 3 org tu uruskan. Ayahnya tukang pantau”

Aku sedih sebenarnya bila mengenangkan keadaan Norol ni. Norol sahabat paling rapat dengan aku semenjak Form 4. Norol merupakan atlit atau lebih tepat pelari pecut yg terkenal dalam Pahang masa kami Darjah 6. Dia mewakili Pahang bersama-sama Woon Siew Gian (bekas pelari Malaysia) ke sukan MSSM. Dengan percapaian cemerlang di bidang sukan, Norol terpilih ke Sek Men Sains Sultan Ahmad Shah (SEMSAS) Kuantan. [Kat sini la Norol kenal ngan Idi Amin, Suhaila Hamdi, Rawi dll budak SEMSAS]

Namun masa Form 4 (in 1989) Norol kembali ke SMJ6. Entah macamana kami rapat & memang Norol jadi sahabat baik aku.Tapi takde la sampai jadi girlfriend aku. Segala masalah kami share sama2. Lepas SPM, aku masuk Matric UUM manakala Norol ke Form 6 di SMK Maran. Di sinilah Norol kenal plak ngan Chah. Bila aku balik cuti semester, aku selalu gak melawat Norol di asrama. Kengkadang Norol mai jumpa aku dibawanya Chah sekali. [Mcm ni la aku kenal ngan Chah].

Lepas Form 6, Norol ditawarkan ke Maktab Perguruan Ibu Kota, KL & kemudiannya posting ke Kelantan. Norol dah berkahwin dengan guru gak & dah ada 5 orang cahayamata. Rasanya dlm tempoh 15 tahun kebelakangan ni aku jumpa ngan Norol mungkin 1 atau 2 kali aje.

According to her, penyakit dia tu being diagnosed by the doctor only last week. Tapi keadaan paru-paru dia yang dijangkiti kuman tibi tu dah mcm 6 bulan infected. Mungkin sebab itu Norol perlukan tambahan 6 bulan untuk sembuh. Aku doakan agar Allah SWT sembuhkan penyakit yang dideritai oleh Norol dengan segera.

05 April 2010

Terima kasih cikgu


(L-R): Fazli, Mejar Rashid, Cikgu Norsiah, Cikgu Nurbaini & myself

Salam hormat ...

Dah lama aku tak menulis di ruang ini. Bukannya takde kesempatan, tapi lately memang kepala tengah serabut dengan urusan kerja. Nanti la bila ada kesempatan, aku akan kongsikan di sini.

Perkembangan ICT terkini membuatkan laman sosial seperti Facebook sangat popular. Terima kasih pada teknologi seumpama ini kerana melaluinya aku berjaya bertemu kembali dengan rakan-rakan sekolah serta guru-guru yang dah lama terpisah.

Alhamdulillah, Ahad 4 April 2010 aku berjaya menemukan sebilangan kawan2 sekolah lama dengan guru-guru SMJ6. Dah lebih 20 tahun kami terpisah. Pertemuan ini dihadiri oleh Cikgu Nurbaini Zainal Abidin, Cikgu Norsiah Yahya, Mejar Rashid Anang, Muhassan, Fazli Saugi, Wan Asmadi & myself. Sekadar nota buat pembaca, SMJ6 merujuk kepada Sekolah Menengah Jengka 6, terletak di Wilayah Jengka, Maran, Pahang. Sebuah sekolah luar bandar yang begitu dekat di hati aku. [Okay, enough about long introduction]

Cikgu Nurbaini Zainal Abidin - My favourite English teacher. Lepas graduate dari Univ of Carleton, Canada BA (Hons) Linguistic, English Languange dalam tahun 1987, Cikgu Baini study kat UIA for her Diploma in Education. Posting pertama beliau adalah ke SMJ6. Aku kagum dengan dedikasi dia walaupun berasal daripada Kuala Lumpur & study di luar negara, Cikgu Baini begitu cekal berkhidmat di SMJ6 pada 1988 hingga 1990.

Terlalu banyak yang boleh aku ceritakan pasal Cikgu Baini coz kebetulan aku pun her favourite student. hehehe. Dialah yang memupuk minat aku untuk belajar English. [Plse take note bagi sekolah luar bandar, kalau pada zaman aku SPM in 1990, getting result of P8 for English dah boleh being considered as satu kejayaan peribadi. Alhamdulillah, aku berjaya dapat credit. Tu pun dah dikira beyond excellence]. Cikgu Baini juga insan pertama yg celebrate birthday aku sepanjang hidup ini. Peristiwa pada 23 Ogos 1989 ini benar2 menyentuh hati aku. Aku baru tau yg rupanya birthday cake yg diberinya itu dibeli di Kuala Lumpur, dibawa balik dengan menaiki bas ke Pahang, kemudiannya disimpan dlm peti ais rumah jiran sebelum dibawa ke sekolah pada keesokan harinya.

Cikgu Baini dah treat aku macam adik dia sendiri. Semasa belajar di UUM, kalau aku turun ke KL, di rumah dia la aku menumpang. Bab duit ringgit dia memang tak berkira dengan aku. Banyak sangat la kenangan aku bersama-sama Cikgu Baini, her husband & anak2. Sebelum aku terlupa, terdapat beberapa persamaan yg tak pernah dirancang. Husband Cikgu Baini bernama Azahar, seorang Engineer. Anak sulung mereka bernama Azalea sementara anak sulung aku Azzaliyana Azeem!


Cikgu Norsiah Yahya - tak banyak sangat makluman yang aku ingat pasal Cikgu Norsiah. Cikgu Norsiag graduate dari USM dlm Kesusateraan Melayu. Yang pasti Cikgu Norsiah sangat terkenal di sekolah aku dengan suaranya yang nyaring & sangat berdedikasi. Subjek yg diajarnya - Kesusasteraan Melayu. Cikgu Norsiah antara pemeriksa kertas SPM utk subjek yg sama. Dia berkhidmat di SMJ6 dari tahun 1985-1989. Tidak lama selepas berpindah ke Kuala Lumpur pada 1989, Cikgu Norsiah berkahwin dengan seorang anggota TLDM. Sejurus selepas kahwin, suami Cikgu Norsiah disahkan mengidap barah usus. Cikgu Norsiah sempat bersama-sama suaminya lebih kurang 1 tahun sahaja sebelum arwah suaminya pergi menyahut panggilan Illahi.

Di akhir pertemuan, kedua-dua Cikgu Baini & Cikgu Norsiah melahirkan rasa bangga dengan pencapaian anak-anak muridnya.

Untuk semua guru & pendidik terutamanya buat cikgu & pensyarah yang pernah mengajar aku, ribuan terima kasih diucapkan. Tak terbalas budi baik kalian. InsyaAllah di kesempatan yang lain, kita akan berjumpa lagi [ini request daripada Cikgu Baini & Cikgu Norsiah yang tak puas jumpa dengan bekas pelajar mereka].

Terima Kasih Cikgu