13 February 2010

Open House Aidil Fitri 2008


(L-R): Idrus, Man Kodiang, Soboq, AE, Atoq Azhar, Meeza, Chah, Che Ann & Alice (wife Soboq)

Kami sekeluarga mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada rakan-rakan yang sudi & berkesempatan hadir ke rumah kami (yg x sempurna itu) pd 25 October 2008 baru-baru ini. Kami juga ingin memohon maaf di atas beberapa kekurangan yang tidak kami sengajakan.

Sebenarnya majlis Open House ni pertama kali kami sekeluarga adakan
& planned out very last minute. So, banyak le kekurangannya spt kekurangan makanan, persiapan rumah yang agak kelam kabut (renovation rumah pun tak siap2 lagi), ruang makan yang agak terhad dan beberapa kekurangan lain.

So, from the heart of our bottom (eh, silap) … from the bottom of our heart – thousands apologizes & thank you very much.

Antara rakan yang sempat hadir baru-baru ni:

1. Taqi & family
2. Jalaq & family
3. Keon & family
4. Akmal & family
5. Sarip & family
6. Man Kodiang & family
7. Soboq & wife
8. Chah & kid
9. Che Ann & kids
10. AE
11. Awea & wife
12. Polan & family
13. Hairil & family
14. Idrus
15. Bijan
16. Hisham Pearl & family
17. Sal & family

p/s Semoga kalian tak serik nak mai umah aku lagi. InsyaAllah we'll try to improve di kesempatan yang lain.

Nasi tomato & Ayam masak merah


Rendang daging & Dalca


Tembikai 'masak merah' (hehehe) & Agar-agar


Acar timun


Nota: Menu di atas ‘orang lain’ yang masak (catering services). Hehehehe … Bagi yang tak berkesempatan merasainya, kami sekeluarga mohon maaf banyak-banyak. Based on some feedback, nasi tomato, ayam masak merah & rending daging tu ‘sedap giler’ – habis licin before 1pm!

(Nota tambahan: kami sekeluarga pun tak sempat merasa menu di atas coz sold out awal2 lagi. Takpe, rezeki tetamu yang hadir … smiley) First time aku buat open house ni, so tak buleh estimate makanan yg perlu disediakan dgn jemputan

Tiada dalam foto
- Laksa (mak aku buat, best giler – my opinion la)
- Nasi himpit (Meeza & mak aku buat)

Nak tengok gambar2 lain? Tunggu ye ...

Kalau Lelaki Handsome ...

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok
saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...
penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus
menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Surat rasmi

Aku baru terjumpa surat yang aku maksudkan tu. Nak scan takde facility la plak. So, di sini aku titipkan semula surat yang aku draftkan ini. Kalau ada kesalahan tatabahasa dsb plse inform ya. Boleh le aku improve kan di masa akan datang (kalau ada kesempatan & peluang camni lagi):
********************************************************************

22 Jun 2006
25 Jamadilawal 1427


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN KELANTAN
TUANKU ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA

D.K., D.M.N., D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Perak), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K.M.B. (Brunei), D.P.S.S (Sarawak), D.P. (Sarawak), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI KELANTAN DARUL NAIM


UCAPAN TAHNIAH KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN KELANTAN


Ampun Tuanku

Patik dengan penuh rasa rendah diri merafak sembah serta menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Bagi pihak Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan serta seluruh warga kerja xxxxxxxxx Sdn Bhd, patik berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan diberkati Allah S.W.T.

Patik juga ingin memohon limpah kurnia serta perkenan Tuanku bagi menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan keluarga di atas perlantikan puteri bongsu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’Ishah Putri Binti Sultan Ismail Petra selaku Majistret wanita pertama di Negeri Kelantan Darul Naim, sekaligus Majistret yang paling muda dalam sejarah perundangan Malaysia.

Patik percaya Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’Ishah Putri Binti Sultan Ismail Petra akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang, adil dan saksama demi agama, bangsa dan negara tercinta ini. Sesungguhnya perlantikan ini telah melakar satu lagi sejarah cemerlang Negeri Kelantan Darul Naim di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Menjunjung Kasih

Ampun Tuanku

- tt -
NAMA CEO
Ketua Pegawai Eksekutif
xxxxxxxxx Sdn Bhd

Panduan bersahabat

Sedikit coretan aku di petang ini (4:55 pm). Aku tiada niat sedikit pun untuk berasa riak mahupun bongkak dengan bilangan kawan2. In fact kalu nak suruh kira, tak terkira rasanya ...

Kat UUM dulu, ada la sorang member ni (agak rocker gak le), namanya tak yah sebut la kan. Dia beria-ria nak pi kelas dgn aku, berjalan kaki dr Kolej TNB. Kebetulan aku memang suka keluar dr bilik pd awal pagi untuk singgah brunch kat Cafe Lego or Cafe HEP. So, sepanjang perjalanan ke kelas tu ramai la jumpa kawan2. Ada yg sempat aku bertegur sapa, ada yg say 'hi' je dr jauh, ada yg angkat tangan je.

Yg member rocker ni mcm bengang je ngan aku ... balik dr kelas petang tu dia habaq kat aku "malas la nak jalan ngan ko lagi, semua orang ko kenal!" hahaha...

Ye la, dah sifat aku camtu. Nak buat camno kan?

Dah kerja ni pun perangai aku camtu. Mudah berkawan ngan sesiapa shj tanpa mengira pangkat & kedudukan. In fact ada mamat ni pernah mai bisik kat aku "Encik Azhar kalau ada pakai apa-apa 'ilmu' share la sama ngan saya ..." huhuhu... Ilmu alam ada la aku habaq ... hahahaha ....

Yg aku nak share kat sini sebenarnya falsafah yg aku gunakan untuk berkawan i.e.

Orang tua suka bercakap perkara yg dia dah buat;
Orang muda suka bercakap perkara yg akan dia buat;
Orang bodoh suka bercakap perkara yg dia takkan buat

E.g Try korunk tanya pakcik2 or makcik2 apa plan yg depa nak buat menjelang umur bersara or lagi 5 tahun. Depa akan menjawab (biasanya), "Tak tau la lagi .." or ayat2 yg berunsur kesedihan, keluhan etc.

Tappi try korunk tanya "Saya tgk pakcik ni gigih membesarkan anak2. Apa rahsia kejayaan pakcik ye?" or "Masa pakcik muda2 dulu mesti seronok kan?". Time ni la depa akan seronok bercerita especially pengalaman dia berkerja di zaman susah, pengalaman membesarkan anak2 etc.

Sama gak kalau kita tanyakan "Macamana ko ni boleh mula menagih dadah ni?" pada drug addict. Mesti la mamat tu pun x syok je bercerita kan? Tapi kalau kita tanya "Brader, kalau lu ada peluang jadi Perdana Menteri la kan, apa lu nak bikin hah?" Konsep nya tetap sama ... selamat mencuba ... smiley

Rakan kelas Matrik 2.18

Classmate aku masa Matric UUM (1991-93)

Lelaki:
- Akmal (hubby Niza)
- Aku
- Megat Nor Azam - photographer yg handal
- Hasrizal aka Jawa (hubby Syariatun Najmah)
- Arip Mamak - running a business in Teluk Kemang, PD
- Al Hussin - cikgu sekolah anak2 istimewa kat Alor Setar
- Zaidi - no news
- Kamal Uda - no news

Pompuan:
- Meeza (my roomate skrg)
- Niza (wife Akmal)
- Jame (wife Fairuz - senior 1 year)
- Faiz (wife Bang Bull)
- Syalinna (wife Din Palapes)
- Zalifah - keje kat Jab Bendahari Univ Malaysia Sabah
- Suriani Yusof - cikgu kat Pahang
- Rozita Azmi - no news
- Noriza Wahid - cikgu kat Kedah
- Noranita Dain - kerja kat Kementerian Kesihatan
- Shahidah Begum - la ni dok kat Tmn Sri Gombak
- Mazian Saat
- Norlilawati - LHDN based kat Melaka
- Sharifah Bastiah - dok kat Miri, Sarawak
- Zalini - taukey (bukan taugeh ka?) kereta Perodua kat Ipoh (tatak sombong punya)
- Mariani - org kuat Kilang Gula Padang Terap

p/s Sorry Zalini & Mariani - bukan terlupa, saja nak test saja. kekeke .. peace ... :)

Rancangan yang tertunda

Di samping tu, pada kesempatan ni aku nak try list out perkara-perkara yang bakal aku sentuh dlm coretan akan datang. Antaranya (akan disentuh kemudian (x tau bila)) - not in sequence order:

- Latarbelakang keluarga aku
- Gaji RM5 sebulan untuk menyara sekeluarga?
- Nyaris mati lemas
- Aku seorang tutor
- Jengka Boy
- Cita2 semasa kecil
- Pengalaman sekolah
- Pengalaman Form 6
- Pengalaman kerja as Parking Attendant
- Kemasukan ke UUM
- Berniaga kuih raya di KL
- Skim cepat kaya (hehehe ... ada gak...)
- Mengejar 'tuan kadi' - pengalaman nikah
- Pilihanraya umum/kampus
- Projek bakar ayam
- Lawatan tahunan ke Langkawi
- Malaysia South Africa Youth Leadership Integration Programme (MASYL)
- Latihan Praktikal
- Pengalaman kerja
- Aku & golf
- MSc Info Mgmt
- Khidmat masyarakat
- Projek PIBBS & INSAN
- Kunjungan ke Indonesia, Thailand, Singapore
- Aku, Meeza & anak2
- On air di radio & TV
- Interesting job in TM Net
- Pengalaman beli rumah
- Kereta idaman
- Networking dgn rakan2 UUM
- Alumni UUM

Ini sekadar plan aku. Mungkin akan ada perkara2 lain yg bakal terlintas untuk aku kongsi dgn kalian ... ada sebarang cadangan lain? smiley

Aku & Meeza

Kisah aku dan Meeza bermula pd tanggal 7 Julai 1991 (cewah, buleh ingat tarikh tu!) [Nota: aku ni memang penggemar number & tarikh2 penting - minat Sejarah]

Tarikh tersebut merupakan hari pertama kita masuk kelas Matrikulasi UUM selepas mengharungi Minggu Suaikenal pd 1-5 Julai 1991. Aku ditempatkan di kelas 1.18 Bangunan SPAU (Sekolah Pengajian Asasi & Undang-undang). Dalam kelas tu ada lebih kurang 22 students (14 lelaki & 8 pompuan). Dah sampai kat situ of course la aku tak nak jadi kera sumbang, so aku ambik la kesempatan itu untuk berkenalan dgn classmate lelaki aku yg lain. So aku berkenalan la dgn Muhammad Akmal Puteh (later menjadi my best friend kat UUM dulu), Hasrizal Jarimi aka Jawa Bola, Megat Nor Azam Megat Mohd Noor aka Megat Tennis, Mohd Arif B Kamal (Arip Mamak), Al Hussin Amin, Mohd Zaidi Osman (x sempat habis Matric UUM), Kamal Uda (x sempat habis degree UUM).

Sambil dok berkenalan ngan depa ni, skali mai satu awek ni, introduce "Assalamualaikum ... saya Normeeza Sahidin dari Sri Gombak". Tup-tup aku jadi tertarik untuk mengenali dia dengan lebih rapat. Sebelum tu (time Form 5 dulu), aku ada la 'cinta monyet' ngan sorang budak pompuan kat sekolah. hehehehe (x risau coz Meeza mmg tau pasal ni). Tapi bila aku tengok je keramahan Meeza ni buat aku tertarik untuk lebih mengenalinya ...

So, sepanjang 1st year Matric tu aku berusaha untuk mengenali Meeza ni dgn lebih rapat tapi since dia tak pernah rapat dgn mana-mana lelaki before this, so dia x layan le aku sangat. Tapi aku tau dia 'rimas' bila dapat tau about my feeling pada dia - thru classmate pompuan aku yang lain le. Diringkaskan cerita, abis je final paper final exam 1st year Matric kat Dewan MAS aku ambik kesempatan untuk approach Meeza for the first time. Dia memang terkejut & tak boleh bagi respons time tu. Tapi aku dah dpt agak jawapan dia. Confirm - I'm being rejected melalui surat Meeza semasa cuti panjang 2nd sem (ye la, time tu mana mampu pakai handphone, SMS pun takda lagi).

Masuk 2nd year Matric aku cuba lagi. Kali ni rasanya during the first month of 2nd year Matric kot. Yg aku ingat Meeza 'accept' aku just before aku join satu rombongan ke Pulau Langkawi - sponsored by HEP Matric UUM utk para AJKO Minggu Orientasi our junior. Seronok sakan aku kat Langkawi time tu. Bila balik je baru Meeza habaq yg dia sebenarnya serba salah & accept aku utk sekadar jaga hati je. So, rejected la gak kan for the 2nd time.

Cubaan ke-3 aku ialah pd penghujung 2nd year Matric. Diringkaskan cerita, pun rejected. Tapi aku still tak putus asa. Bagi aku "I'll make the failure complete when I stop thinking about it".

Cubaan ke-4 aku hadir pd penghujung Sem 2 degree. Aku dah nekad time tu, itu merupakan my final attempt. Kalu Meeza tak accept gak, then I won't go for the fifth attempt. Bukan putus asa cuma aku rasa by now she should be able to realize how serious I'm about my relationship. Btw, mungkin antara sebab Meeza reject aku sebelum ini ialah bila ditanya "How far do you foresee our relationship would be?" - lebih kurang camtu le maksudnya .... jawapan aku "I want you to become my wife & a mother to my kids". hahahahaha ... sure terkejut badak dia kan? Tapi aku memang serius about that.

Untuk cubaan ke-4 ni kami janji nak jumpa kat Tkt 3 Library UUM around 9 am. Ingat lagi hari tu hari Jumaat. Aku tak tau sehari sebelum tu Meeza & classmate pompuan aku yg lain pi berkunjung ke rumah Cikgu Wan Faridah (guru kelas Matric aku time 1st year) kat Jitra & tidur kat sana. So, pagi2 tu dia berusaha to come back to UUM soonest possible. Tapi ada masalah bas plak.

Aku hadir ke Library UUM lebih awal dr 9 am lagi bersama-sama Akmal, my best friend tu. Lepas jam 11 am Meeza tak sampai2 gak. Time tu aku rasa dia memang tak accept aku. Sedih la gak kan. smiley Entah camno, sebelum aku blah dr Tkt 3 Library tu aku tengok ke arah Cafe Kolej Pernas (jauh tu), aku mcm ternampak satu awek ni pakai tshirt merah long sleeve & seluar hitam. Dr kejauhan tu aku yakin "It must be Meeza". Hati aku start berdebar2 balik.

Bila awek tu semakin menghampiri Library, memang sah itu adalah Meeza. Since Library pun nak ditutup sempena solat Jumaat, so aku terus turun ke Foyer Library & waited Meeza kat sana. So, aku gunakan kesempatan tu untuk cakap sekali lagi hasrat hati aku untuk berkawan rapat dgn Meeza, harapan aku di masa depan dgn dia etc ... mulanya dia diam je. Aku pun cakap gak kat Meeza, yg cubaan aku tu merupakan my final attempt to win her heart. Kalu tak berjaya gak, aku takkan approach dia utk kesekian kalinya lepas itu. Surprisingly, lepas abis aku cakap, Meeza pun cakap "Okay, kita boleh berkawan rapat mulai hari ini". Hahh!!! terkejut badak aku smiley

Diringkaskan cerita, dlm hubungan kami memang banyak batasan yang kami gariskan. Antaranya:

- Hal-hal agama, adat resam & tatasusila Melayu perlu menjadi junjungan utama
- Bab2 berbelanja makan ke apa ke, sendiri2 bayar (Meeza yg request camtu)
- Meeza akan lebih utamakan kawan2 dia kalau nak pi pasar malam ke, Alor Setar ke ... (Nota: aku mmg tak pernah keluar berdua dgn Meeza pun kat UUM dulu). Kalu ada pun, classmate yg lain kena join skali ...
- Masing2 akan continue berhubung dgn org lain mcm biasa. That's why aku continue berkawan dgn ramai org. Kalu setakat makan skali dgn Chemot ke, Effa ke atau sesapa saja esp budak2 IT aku slumber je

Pernah gak ramai yg bertanya kat Meeza "Ko dgn Dato' tu dah clash ke pasal aku tengok tak pernah pun pi makan sama2?" hehehehe...

Diringkaskan cerita kami bertunang pd Februari 1998, bernikah pd 15 November 1998, kenduri kat Sri Gombak pd 22 November 1998, kenduri di Jengka 6 pd 29 November 1998.

Hasil perkahwinan ini, kami dikurniakan cahaya mata pertama (3.33 kg), baby girl yg dinamakan Azzaliyana Azeem bt Azhar pd 19 Ogos 1999 - kurang dari setahun usia perkahwinan kami. 11 bulan lepas tu (22 Julai 2000) kami beroleh seorang baby boy (3.26 kg) yg kami namakan Aiman Azeem bin Azhar. [Nota: sewaktu majlis sambutan Hari Jadi Pertama Azzaliyana Azeem, dia dah ada adik yg berusia sebulan! huhuhuhu]

Anak ke-3 kami, baby boy (2.96 kg) hadir pada 18 November 2003. Kami namakannya Ammir Azeem bin Azhar.

Oh ya. Aku ni memang suka dengan nombor 15. Kalau korunk perasan nama anak sulung aku ada 15 letters, anak no 2 & no 3 ada 10 (tapi if campur nama aku, total of 15 letters gak). Why ada Azeem kat belakang?

Hmm ... percaya atau tak, aku dah pikirkan suffix ni (Azeem) utk aku letakkan kat belakang nama anak2 aku time kat UUM lagi. hehehehe ... Azeem refers to 'keazaman'. Ianya juga merujuk nama Meeza yg dieja (bukan di'Eija' ye) secara reverse. hehehehe... Aku tak mau letak Azeem tu kat depan (e.g Azeem Aiman, Azeem Ammir etc) coz nanti kalu kawan2 dia mai rumah nak cari Azeem, aku kena plak tanya "Azeem yang mana satu?" Betui tak Hasra? hehehehehe

Salam ceria ...smiley