13 February 2010

Aku & Meeza

Kisah aku dan Meeza bermula pd tanggal 7 Julai 1991 (cewah, buleh ingat tarikh tu!) [Nota: aku ni memang penggemar number & tarikh2 penting - minat Sejarah]

Tarikh tersebut merupakan hari pertama kita masuk kelas Matrikulasi UUM selepas mengharungi Minggu Suaikenal pd 1-5 Julai 1991. Aku ditempatkan di kelas 1.18 Bangunan SPAU (Sekolah Pengajian Asasi & Undang-undang). Dalam kelas tu ada lebih kurang 22 students (14 lelaki & 8 pompuan). Dah sampai kat situ of course la aku tak nak jadi kera sumbang, so aku ambik la kesempatan itu untuk berkenalan dgn classmate lelaki aku yg lain. So aku berkenalan la dgn Muhammad Akmal Puteh (later menjadi my best friend kat UUM dulu), Hasrizal Jarimi aka Jawa Bola, Megat Nor Azam Megat Mohd Noor aka Megat Tennis, Mohd Arif B Kamal (Arip Mamak), Al Hussin Amin, Mohd Zaidi Osman (x sempat habis Matric UUM), Kamal Uda (x sempat habis degree UUM).

Sambil dok berkenalan ngan depa ni, skali mai satu awek ni, introduce "Assalamualaikum ... saya Normeeza Sahidin dari Sri Gombak". Tup-tup aku jadi tertarik untuk mengenali dia dengan lebih rapat. Sebelum tu (time Form 5 dulu), aku ada la 'cinta monyet' ngan sorang budak pompuan kat sekolah. hehehehe (x risau coz Meeza mmg tau pasal ni). Tapi bila aku tengok je keramahan Meeza ni buat aku tertarik untuk lebih mengenalinya ...

So, sepanjang 1st year Matric tu aku berusaha untuk mengenali Meeza ni dgn lebih rapat tapi since dia tak pernah rapat dgn mana-mana lelaki before this, so dia x layan le aku sangat. Tapi aku tau dia 'rimas' bila dapat tau about my feeling pada dia - thru classmate pompuan aku yang lain le. Diringkaskan cerita, abis je final paper final exam 1st year Matric kat Dewan MAS aku ambik kesempatan untuk approach Meeza for the first time. Dia memang terkejut & tak boleh bagi respons time tu. Tapi aku dah dpt agak jawapan dia. Confirm - I'm being rejected melalui surat Meeza semasa cuti panjang 2nd sem (ye la, time tu mana mampu pakai handphone, SMS pun takda lagi).

Masuk 2nd year Matric aku cuba lagi. Kali ni rasanya during the first month of 2nd year Matric kot. Yg aku ingat Meeza 'accept' aku just before aku join satu rombongan ke Pulau Langkawi - sponsored by HEP Matric UUM utk para AJKO Minggu Orientasi our junior. Seronok sakan aku kat Langkawi time tu. Bila balik je baru Meeza habaq yg dia sebenarnya serba salah & accept aku utk sekadar jaga hati je. So, rejected la gak kan for the 2nd time.

Cubaan ke-3 aku ialah pd penghujung 2nd year Matric. Diringkaskan cerita, pun rejected. Tapi aku still tak putus asa. Bagi aku "I'll make the failure complete when I stop thinking about it".

Cubaan ke-4 aku hadir pd penghujung Sem 2 degree. Aku dah nekad time tu, itu merupakan my final attempt. Kalu Meeza tak accept gak, then I won't go for the fifth attempt. Bukan putus asa cuma aku rasa by now she should be able to realize how serious I'm about my relationship. Btw, mungkin antara sebab Meeza reject aku sebelum ini ialah bila ditanya "How far do you foresee our relationship would be?" - lebih kurang camtu le maksudnya .... jawapan aku "I want you to become my wife & a mother to my kids". hahahahaha ... sure terkejut badak dia kan? Tapi aku memang serius about that.

Untuk cubaan ke-4 ni kami janji nak jumpa kat Tkt 3 Library UUM around 9 am. Ingat lagi hari tu hari Jumaat. Aku tak tau sehari sebelum tu Meeza & classmate pompuan aku yg lain pi berkunjung ke rumah Cikgu Wan Faridah (guru kelas Matric aku time 1st year) kat Jitra & tidur kat sana. So, pagi2 tu dia berusaha to come back to UUM soonest possible. Tapi ada masalah bas plak.

Aku hadir ke Library UUM lebih awal dr 9 am lagi bersama-sama Akmal, my best friend tu. Lepas jam 11 am Meeza tak sampai2 gak. Time tu aku rasa dia memang tak accept aku. Sedih la gak kan. smiley Entah camno, sebelum aku blah dr Tkt 3 Library tu aku tengok ke arah Cafe Kolej Pernas (jauh tu), aku mcm ternampak satu awek ni pakai tshirt merah long sleeve & seluar hitam. Dr kejauhan tu aku yakin "It must be Meeza". Hati aku start berdebar2 balik.

Bila awek tu semakin menghampiri Library, memang sah itu adalah Meeza. Since Library pun nak ditutup sempena solat Jumaat, so aku terus turun ke Foyer Library & waited Meeza kat sana. So, aku gunakan kesempatan tu untuk cakap sekali lagi hasrat hati aku untuk berkawan rapat dgn Meeza, harapan aku di masa depan dgn dia etc ... mulanya dia diam je. Aku pun cakap gak kat Meeza, yg cubaan aku tu merupakan my final attempt to win her heart. Kalu tak berjaya gak, aku takkan approach dia utk kesekian kalinya lepas itu. Surprisingly, lepas abis aku cakap, Meeza pun cakap "Okay, kita boleh berkawan rapat mulai hari ini". Hahh!!! terkejut badak aku smiley

Diringkaskan cerita, dlm hubungan kami memang banyak batasan yang kami gariskan. Antaranya:

- Hal-hal agama, adat resam & tatasusila Melayu perlu menjadi junjungan utama
- Bab2 berbelanja makan ke apa ke, sendiri2 bayar (Meeza yg request camtu)
- Meeza akan lebih utamakan kawan2 dia kalau nak pi pasar malam ke, Alor Setar ke ... (Nota: aku mmg tak pernah keluar berdua dgn Meeza pun kat UUM dulu). Kalu ada pun, classmate yg lain kena join skali ...
- Masing2 akan continue berhubung dgn org lain mcm biasa. That's why aku continue berkawan dgn ramai org. Kalu setakat makan skali dgn Chemot ke, Effa ke atau sesapa saja esp budak2 IT aku slumber je

Pernah gak ramai yg bertanya kat Meeza "Ko dgn Dato' tu dah clash ke pasal aku tengok tak pernah pun pi makan sama2?" hehehehe...

Diringkaskan cerita kami bertunang pd Februari 1998, bernikah pd 15 November 1998, kenduri kat Sri Gombak pd 22 November 1998, kenduri di Jengka 6 pd 29 November 1998.

Hasil perkahwinan ini, kami dikurniakan cahaya mata pertama (3.33 kg), baby girl yg dinamakan Azzaliyana Azeem bt Azhar pd 19 Ogos 1999 - kurang dari setahun usia perkahwinan kami. 11 bulan lepas tu (22 Julai 2000) kami beroleh seorang baby boy (3.26 kg) yg kami namakan Aiman Azeem bin Azhar. [Nota: sewaktu majlis sambutan Hari Jadi Pertama Azzaliyana Azeem, dia dah ada adik yg berusia sebulan! huhuhuhu]

Anak ke-3 kami, baby boy (2.96 kg) hadir pada 18 November 2003. Kami namakannya Ammir Azeem bin Azhar.

Oh ya. Aku ni memang suka dengan nombor 15. Kalau korunk perasan nama anak sulung aku ada 15 letters, anak no 2 & no 3 ada 10 (tapi if campur nama aku, total of 15 letters gak). Why ada Azeem kat belakang?

Hmm ... percaya atau tak, aku dah pikirkan suffix ni (Azeem) utk aku letakkan kat belakang nama anak2 aku time kat UUM lagi. hehehehe ... Azeem refers to 'keazaman'. Ianya juga merujuk nama Meeza yg dieja (bukan di'Eija' ye) secara reverse. hehehehe... Aku tak mau letak Azeem tu kat depan (e.g Azeem Aiman, Azeem Ammir etc) coz nanti kalu kawan2 dia mai rumah nak cari Azeem, aku kena plak tanya "Azeem yang mana satu?" Betui tak Hasra? hehehehehe

Salam ceria ...smiley

No comments:

Post a Comment