13 February 2010

Tulisan rasmi

Catatan 15/10/2008 - diambil daripada coretan aku dlm portal rasmi UUM Class of 93/97

Assalamualaikum ...

Sebenarnya dah lama aku inginkan satu ruang untuk aku coretkan sedikit catatan pengalaman yang cetek ini buat dikongsi oleh orang lain. Pengalaman2 inilah yang sebenarnya mendewasakan aku. Bukan aku tak yakin dengan diri ini, cuma masalah aku "where should I start?" hmm ...

Memandangkan blog catatan ini bermula dengan satu complaint letter, rasanya aku nak share kat sini pengalaman2 penulisan rasmi yang pada aku amat membanggakan (at least for me):

Pengalaman 1

Semasa aku Form 5 di Sek Men Jengka 6, Pahang (aku sekolah kampung je) aku dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pengawas (merangkap Ketua Pelajar la kan?). Setahun sebelum itu (time Form 4) aku terpilih sebagai Penolong Ketua Pengawas II. Pihak sekolah plak telah berjaya mendapatkan peruntukan daripada PIBG kot untuk menempah 4 blazer untuk kegunaan Ketua Pengawas, Pen. Ketua Pengawas I, Pen Ketua Pengawas II & Setiausaha Badan Pengawas.

So, apabila turn aku jadi Ketua Pengawas tu anak2 buah aku memang berbaju biru ajer la tanpa blazer. Aku ada usulkan pada Pengetua Sekolah untuk memohon peruntukan tambahan pd tahun 1990 utk pembelian blazer tambahan, tapi ditolak coz 'tiada budget' katanya. Kebetulan tak lama lepas tu aku dapat tahu Ahli Parlimen Maran bakal berkunjung ke sekolah aku tu untuk merasmikan satu program. Aku mengambil kesempatan itu untuk menyediakan satu proposal memohon peruntukan dpd Ahli Parlimen Maran. Plan aku ni mendapat sokongan Guru Penasihat Pengawas.

Kebetulan as Ketua Pengawas aku memang kena join la guru2 kanan & AJK PIBG menyambut kehadiran MP ni. Lepas je aku salam dgn MP ni, terus aku hulurkan proposal aku tu memohon RM2,000 untuk pembelian tambahan 20 blazer pengawas. Yg bestnya dlm ucapan perasmiannya, YB MP Maran ni mengumumkan peruntukan RM3,000 untuk sekolah aku; tapi dlm majlis tu gak dia announce RM2,000 untuk Badan Pengawas - untuk tempahan 20 unit blazer. Terkejut badak Pengetua aku. Dia tak marah akhirnya, tapi dia bangga dengan 'keberanian' aku tu. huhuhuhuhu ..

Pengalaman 2

Semasa tahun 1 degree, aku dikejutkan dengan perkhabaran member2 yang dpt loan/biasiswa dpd MARA boleh memohon pinjaman komputer berjumlah RM6,000. Budak2 yg dpt loan/pinjaman JPA pun aku rasa dpt kemudahan tu (sorry, aku x brapa pasti). Time tu aku baru sahaja menolak tawaran biasiswa JPA & menerima tawaran biasiswa Telekom Malaysia (terima kasih pada Jalaq, nanti la aku cerita details pasal ni). Since aku budak IT, berasal plak dr keluarga yang susah - so aku amat memerlukan kemudahan PC. So, berita PC loan utk budak2 MARA tu menyedihkan aku coz TM takde pun skim macam tu ...

Beberapa hari lepas tu aku memberanikan diri untuk mengutus surat buat Yayasan Telekom Malaysia memohon bantuan pembelian komputer. Surprisingly, YTM membalas surat aku tu dengan menyatakan permohonan aku tu telah dibawa ke pihak Steering Committee YTM yang dipengerusikan oleh Pengerusi Eksekutif TM masa tu (Tan Sri Rashdan Baba) untuk pertimbangan bagi semua pemegang biasiswa TM. Diringkaskan cerita, mulai tahun 1993 tu YTM memberikan Elaun untuk pembelian komputer (kalau tak silap berjumlah RM3,500) khusus untuk semua pelajar tajaan YTM yg mengambil jurusan IT/Komputer Sains. Rasanya amaun tu dah dinaikkan sekarang & merangkumi semua pelajar tajaan YTM. Alhamdulillah ....

Pengalaman 3

Semasa aku bertugas di salah sebuah anak syarikat TM tak lama dulu, company aku tu ada la try nak beat some project di Kelantan untuk Bandar Baru Tunjong. Ikutkan master plan projek ini, BBT bakal menjadi 'Cyberjaya/Putrajaya' di Kelantan sana, Wallahualam ...

Kebetulan, puteri kesayangan Tuanku Al Sultan Kelantan telah dilantik sebagai Majistret Wanita pertama di Kelantan (or negara ni?). So, aku telah dipertanggungjawabkan oleh my CEO untuk merangka satu surat ucapan tahniah buat Tuanku Al Sultan Kelantan. Alhamdulillah, pengalaman aku membelek surat2 Sir Stamford Raffles kepada Sultan2 & Raja2 Melayu semasa pengajian di peringkat Masters di UiTM dlm tahun 2002-2004 dulu banyak membantu.

Alhamdulillah, surat yang aku draft tu diterima oleh my CEO untuk dihantar kepada Sultan Kelantan tanpa sebarang pindaan. Setakat ini itu antara pencapaian aku yang paling aku banggakan. But of course le kan, surat tu be signed by my CEO la. wakakakaka .. at least satu pengalaman buat aku .. kalau ada masa, nanti aku cari copy of that letter & pastekan kat sini .. yelah, mana tau kalau ada kawan2 yang bakal menerima tugasan camtu smiley

Setakat ini dulu buat hari ini ... salam ceria ... smiley

No comments:

Post a Comment