13 February 2010

Jawapan utk e-Talkshow by AE part 2

3. How do you foresee yourself 10 years from now?

Lagi 10 tahun? Hmmm … I hope to become one of the senior management team within TM Group. Takpun aku nak get myself into other business venture yang boleh bagi aku some freedom in decision making, financial, social contribution and most importantly give happiness to me & my family (besarnya cita-cita!)

4. Siapa Azhar Omar sebenarnya? boleh tak story sikit karektor, perangai, tabiat dan sebagainya. E.g 3 kekuatan dan 3 lagi weakness

Azhar Omar merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik – 2 lelaki & 2 perempuan (anak lelaki sulung). Ayah aku peneroka FELDA while my mother adalah fulltime D.O (Dapur Officer). Sedari kecil aku diasuh untuk mengenal kepayahan & kesukaran hidup. Aku dibesarkan dalam suasana yang menghargai disiplin & ketegasan. Aku juga sentiasa diingatkan berkenaan kepentingan ilmu pengetahuan. Seingat aku sejak dari umur 8-9 tahun aku dah membantu ayah aku di ladang kelapa sawit seluas 10 ekar tu lepas waktu sekolah. Ayah aku juga sering bercakap berkenaan betapa miskinnya kami dari sudut harta kebendaan; yang mampu dia galakkan adalah semangat untuk belajar. Hasilnya ayah & mak aku tidak pernah remind aku untuk belajar (or istilah ayah aku “pi tengok buku”) kerana inisiatif tu lahir dari kesedaran aku sendiri.

I'm married to Normeeza Sahidin & dikurniakan 3 org cahayamata - Azzaliyana Azeem (girl-10), Aiman Azeem (boy-9) & Ammir Azeem (boy-6).

Antara kesukaran hidup yang pernah aku lalui tiadanya bekalan elektrik (belajar guna pelita minyak tanah), tiada bekalan air – terpaksa mandi gunakan air telaga (maaf, aku tak reti berenang dalam sungai. Apa punya budak kampung daaa), buat latihan dalam buku kerja – lepas semak jawapan, catat markah sendiri pastu padamkan jawapan tu; selang 2-3 minggu jawab balik soalan tu) dan macam-macam lagi la. Namun kesukaran itu semualah yang membentuk Azhar Omar pada hari ini.

Satu lagi, ada orang pernah cakap kat aku – aku ni dah tua sebelum waktunya (macam lagu Datuk Sheila Majid pulok!). Aku pernah jadi wakil orang tua aku untuk menguruskan pertunangan kakak aku (time tu aku baru umur 16 tahun)

Aku ni punyai pelbagai karektor yang sentiasa aku sesuaikan mengikut situasi. Ringkasnya aku cuba untuk sentiasa puaskan hati ramai orang di kebanyakan masa & situasi. Kadang-kadang aku sendiri yang jadi mangsa keadaan. Most of the time aku gembira dapat treat orang lain walaupun jauh di sudut hati aku merasakan aku mampu buat lebih baik daripada apa yang aku had done.

3 kekuatan:
- aku punyai keazaman yang kuat untuk laksana my belief system
- aku mampu bergaul dengan semua golongan masyarakat
- & most importantly aku tak pernah lupa siapa diri aku yang sebenarnya (it keeps me motivated)

3 kelemahan aku:
- sifat ingin gembirakan orang lain kadang-kadang menyusahkan aku balik (huhuhu)
- sifat terlalu bersangka baik dengan semua orang; ada yang ambil kesempatan
- agak perfectionist

Pengalaman peribadi yang menyeksakan (in fact sehingga sekarang), tekak aku ni sentiasa rasa gatal. Untuk itu aku akan sentiasa berdehem untuk mengurangkan rasa gatal tu (tak gak kurangnya), sampai dah jadi satu habit plak. Malas nak cerita panjang lebar – yang pasti dari tekak aku ni pernah le keluar daging mentah, rambut dan bermacam lagi benda yang kotor. Dah jenuh aku berusaha berubat, dah kena tipu pun pernah, duit abis toksah cerita la. Sampai dah jadi malas & pasrah je …

No comments:

Post a Comment