13 February 2010

Jawapan utk e-Talkshow by AE part 4

Since ada sedikit masa lagi ni, aku cuba jawab soalan dari penonton di talian:

Pemanggil no 1 : Sekinchan, Selangor


1. Bagaimana dapat gelaran Atoq yg kemdiannya menjadi Datok?

Masa 1st year Matric, guru kelas (Cikgu Wan Faridah) minta aku berlakon jadi pegawai Kebajikan Masyarakat untuk discuss berkenaan hot issue time tu – penderaan kanak2 - untuk satu majlis forum dlm kelas. Kamal Uda (classmate Matric) as Pengerusi Majlis masa time introduction pd audience (classmates gak) sebut nama aku as Datuk Azhar Omar daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Masa tu classmates dok pakat gelak. Lepas kelas tu pun, depa dok sakat aku dengan nama Datuk gak.

Time aku jadi AJKS utk Orientasi budak Matric tahun 1992, ada sorang lagi classmate aku (Syalinna Majid) pun dapat jadi AJKS gak. Sepanjang minggu suai kenal antara AJKS 1 week before the real Orientation Week starts, Syalinna dok panggil aku dengan nama tu. Pastu AJKS yang lain dok panggil aku ngan nama tu gak. Alih-alih lekat sampai le bila budak2 junir masuk. Depa pun dok panggil Abang Datuk. Dari situ la lahirnya nickname Datuk, Dato', Atoq. huhuhuhu

Gitu la cerita nya. Wakakakaka. La ni jiran2 aku pun dok panggil dengan nama tu gak. Agaknya mungkin sebab aku Pengerusi Persatuan Penduduk kat area umah aku (eventhough ramai jiran yang lebih berusia dari aku).Wallahualam …


2. Mengapa memilih bidang sukan GOP (golf) dan bukan paintball?

Lepas aku habis my Masters program kat UiTM in 2004 aku tak tahu nak buat apa. Biasanya malam-malam study sampai kul 1-2 am, then baru masuk tidur. Lepas habis Masters tu aku bantai tengok TV sampai tertidur depan TV until pagi. Bill elektrik pun melambung tinggi.

Time tu aku ada gak main bola & futsal. Tapi since badan tak fit, bila balik je mesti sakit2 badan. Entah camno, Meeza pernah sound kat aku (especially lepas bill elektrik naik mencanak coz aku manjang tertidur depan TV sampai pagi) “Pi la buat kerja yang berfaedah sikit. Main golf ke ….” Wah, ini sudah bagus. So, pada 15 April 2005 (sehari lepas my MSc in Information Management (Hons) convocation), aku turun ke padang golf UPM dengan rasminya (kalu lawyer tu, kira macam chambering la. Wakakakakaka)

Why golf?
- it's not just a sport, it's one of the business channel
- lots of networking
- boleh kenal character org dlm golf ni
- boleh membentuk diri in managing life
- sebab dia beshhhhhhhhhhhhh ....

Why not paintball? Hmmm … entah le. Tak pernah try & tak pernah minat nak try pun. Tak pa la, bagi la kat orang lain … hehehehe

3. Kalau Atoq / Datuk Azhar tidak bekerja sbg HR Manager sekarang, apa yg inche akan lakukan?

Hmmm … susah soklan ni. Rasanya aku mungkin lebih terlibat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan kot samada atas kapasiti rasmi or tidak rasmi. Cita-cita sebelum masuk UUM dulu adalah nak jadi pemimpin masyarakat (kononnya). In fact aku plan nak ambik Bachelor in Public Admin dulu tu, tapi budak Matric tak buleh apply course tu. Apa pun, aku bersyukur dengan apa yang aku lalui selama ini. In fact, keterlibatan aku dalam aktiviti kemasyarakatan (dalam apa jua organisasi yang aku terlibat) tidak menyimpang jauh dengan cita-cita dan minat aku. Okay la teww … smiley


Pemanggil no 2 : Kajang, Selangor


1. Prefer brief ke boxer?


Soalan ni aku jawab ringkas je ye.

Brief, tak pernah ada boxer. Boxing pun tak pernah. Tapi aku ada kawan nama SoBOX!



Pemanggil no 3 : Brunei Darussalam


1. Soalan saya.. berapa set gop yg Dato ada sekarang ni.

- Pernah ada 3 set. 1 dah jual (in 2006). Simpan 2 je. Taylormade & satu lagi cap ayam
- Tambahan – ada satu lagi junior set untuk my son; bought as his 7th birthday present in 2007.


2. Sekiranya di beri hadiah baju atau seluar warna Pink, Atok akan pakai atau tidak baju tersebut...

- slumber je pakai, benda free. Apa ada hal. In fact, my first golf tournament yang aku masuk memang dapat Cross Creek shirt color pink. Ramai lagi golfer yang pakai design/color pelik2
- ada kawan aku tu siap pakai seluar petak2 lagi, tak lama lagi dia nak pakai yg polka dot plak katanya ... betui kan Awea? hehehehe

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment