13 February 2010

KA1113 - Pengantar Perakaunan


Tengok gambor yg AE letak asalnya dlm thread kelas201.fm, teringat aku pada beberapa kenangan manis/pahit aku time ambik paper Accounting:

(i)
Kami bebudak IT July intake ambik paper KA1113 Pengantar Perakaunan ni masa 2nd sem. Aku plak kena kelas ngan Encik Omar Othman (org panggei Pak Om kan?). Kelas Sabtu 1 hour, Rabu 2 hour. Aku ni tak tau pulak memang wajib attend tutorial accounting for at least 9 classes out of a total of 11 classes. Rasanya time tu busy ngan beberapa aktiviti ko-k, MPP dll.

Sepanjang kelas hari Sabtu tu aku try le dengar apa yg Pak Om tu ajar. Seingat aku kelasnya pd waktu petang (5:00 – 6:00 pm) kot. Pernah gak dia suggest untuk ditukar ke masa yg lebih awal tapi dapat bantahan dr ramai coz clash ngan jadual kelas yg lain. Last2 dengan nada sedih Pak Om cakap “Takpa lah … kita balik sama-sama dengan ayam la no …” wakakaka

Time kelas Rabu (10:00 am – 12:00 pm) aku penuhkan masa tu untuk menyiapkan tutorial accounting yg perlu dihantar pd tutor sebelum jam 12:00 pm Rabu tu gak. So, sepanjang kelas Rabu tu aku memang tak concentrate langsung. Tapi Pak Om yg mengajar sure ingat aku rajin giler ambik nota kan? Wakakaka …

Berbalik kepada cerita kelas tutorial yg aku tak pernah attend tu, entah macamana menjelang hujung semester tu baru aku tau memang wajib kena attend 9 of 11 tutorial class. So, aku pun berusahalah to attend one session. Penat-penat memanjat tangga bangunan SPK tu aku pun masuk la dlm satu kelas tutorial tu, dok plak sebelah Lobo. Time tutor tu mengajar, aku blurr je coz macam tak pernah dengar je Pak Om ajar menda2 tu dlm kelas. Lepas a while, aku tanya Lobo “Ni tutorial subject apa sebenarnya?”. Lobo habaq “”FA2”. Rupanya aku dah tersalah masuk kelas …

Lepas jumpa kelas tutorial yg sepatutnya, memang nama aku ada dlm list kelas tu. Entah apa sebabnya si tutor tu tak plak potong nama aku coz tak pernah attend previous all 9 classes. So, dengan slumbernya aku ambik je attendance sheet tu & terus sign je 9 kali. Hehehehehe … lepas kelas tu, aku terus tak attend tutorial KA1113 lagi.

p/s Mohon dihalalkan ilmu accounting tu ... smiley

(ii)

Cerita ni plak melibatkan seorang rakan, budak IT gak (nama dirahsiakan). Semasa mid sem KA1113 ni ada la kami ni kena prepare some accounting journal (yg kena masuk Dr & Cr tu journal kan?). Yg bestnya time ambik paper KA1113 ni, dlm template jawapan memang dah ada account yg terlibat. Tugas kami kena masukkan aje journal tu dlm account yg terlibat.

Satu soalan ni melibatkan satu syarikat perabot. So, ada la satu transaction jual pintu pagar secara kredit RM500. Kalau tak silap kita kena buat double entry tu kat Akaun Perabot & Akaun Bank kan?

Yg member aku sorang ni ingatkan kertas jawapan tu tersalah cetak, dia pun create la satu Akaun Pintu Pagar. Bila time nak buat Balance Sheet kantoi la akaun tak balance. Kekekeke … dia hanya sedar yg sepatutnya kena masukkan to Akaun Perabot time kami minum kat CafĂ© D9 lepas mid sem exam tu.

smiley

No comments:

Post a Comment