13 February 2010

Perlindungan Insurans – Personal Accident, GTL, GPA, EPF & SOCSO

Assalamualaikum …

Aku terpanggil untuk menulis pada kali ini berkenaan perlindungan insurans didorong oleh kematian sahabat kita Sdr Kamarul baru2 & isteri kepada seorang rakan few years back. Sebelum aku teruskan berkenaan perlindungan insurans ini, perlu aku tegaskan aku ni bukanlah agen kepada mana-mana insurance company. Sekadar ingin berkongsi pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran buat semua & muhasabah buat diri sendiri. Aku juga ingin kongsikan 2 kes yang mendorong aku menulis berkenaan topic yg agak dry ini.

(i)

Sahabat kita, Allahyarham Kamarul yg kembali ke rahmatullah baru-baru ini diberikan bekerja dengan anak syarikat/main company of Sime Darby. Diberitakan oleh isterinya walaupun Sime Darby mempunyai product insurans nya yg tersendiri, malangnya pekerja-pekerjanya (including arwah Kamarul ni) tidak dilindungi oleh Group Personal Accident (GPA) or Group Term Life (GTL) – nanti aku ceritakan pasal kedua skim ini. Nasib baik Allahyarham pernah membeli perlindungan insurans peribadi. Dgn wang itulah isteri Allahyarham bakal mengurangkan beban hutang rumah, kereta dll.

(ii)

Few years back, isteri kepada seorang rakan kembali ke rahmatullah semasa mengandungkan anak ke-3 (rasanya time tu arwah baru berusia 30 tahun, UK grad). Pemergiaannya secara tiba2 (di bulan Ramadhan, hari yg sama dengan pemergian Allahyarhaman Datin Seri Endon – wife Pak Lah) mengejutkan semua orang including the hubby. Allahharhamah ini bekerja dgn satu company yg mencarum utk GTL/GPA ini. Namun dalam kekalutan & kesedihan yang melanda keluarga kawan aku ni keluarganya decide untuk skip post mortem di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) & terus bawa balik ke Seremban untuk dikebumikan pd lewat malam/awal pagi esoknya (rasanya dah hamper sangat dengan Hari Raya).

Selepas semua proses pengkebumian ini selesai, after few weeks rakan aku ni pergi ke Bahagian Sumber Manusia tempat arwah isterinya bekerja. Seingat aku GTL/GPA yg dicarum oleh syarikat itu tidak dibayar kepada waris arwah coz tiada post mortem report. Yg diberikan hanyalah funeral assistance berjumlah RM1000-RM2000 aje.

Now back kepada perkara sebenar yang ingin aku kongsikan:

Kebanyakan company (tidak semua) mencarum utk GTL/GPA bagi melindungi pekerjanya. GTL merangkumi perlindungan bagi kes kematian/kecacatan kekal due to natural causes manakala GPA merupakan perlindungan bagi kes kematian/kecacatan kekal due to accident. However, kedua-dua GTL & GPA ini tidak cover bagi kes suicide or attempt for suicide.

My advice, check balik your Term & Conditions of Service – ada tak company korang cover bagi GTL & GPA ini. Sesetengah company cuma cover GPA sahaja (ada yg tak cover langsung!) In my case, Telekom Malaysia cover kedua-dua skim ni. Coverage nya berbeza ikut ketetapan syarikat. Ada yg 36 x last drawn salary. Ada gak yg 48x, 60x, 120x etc. Kalau ada, just make sure to tell your waris/spouse kalau ada kes-kes kematian mengejut, biarkan aje pihak hospital buat post mortem to the body. Kalau proses ini being skipped, chance to get GPA/GTL coverage ni memang tipis/takde langsung.

Berkenaan EPF, sila pastikan masing2 uruskan penama utk faedah EPF. (For a complete coverage of EPF benefits, sila ke EPF office or visit website yg berkenaan). Bagi kes arwah Kamarul baru-baru ni, arwah mungkin tak sempat nak uruskan penama. So, segala faedah EPFnya tidak boleh diuruskan oleh isterinya. Sebaliknya pihak Amanahraya (company IM) yg uruskan sehinggalah anak-anak arwah berusia 18 tahun.

Berdasarkan pengalaman as HR person, ada kes staff yg letakkan penama ibu bapa masing2 (yg ni standard la kan considering time kita mula2 kerja mmg letak nama mak ayah). Along the way, lepas masing2 dah kahwin & ada anak, ramai yg terlupa nak tukar penama. Kes akan jadi lebih teruk kalau penama yg asal (in this case the parent) dah meninggal. Since duit EPF kita diletakkan kepada the parent as penama, then faedah EPF tu akan pergi secara faraid kepada adik-beradik kita yg lain. Tu belum ambil kira kalau the parent ada more than 1 wife & anak2 yg lain. Kita bimbang kalau anak2 & isteri yg kita ‘tinggalkan’ terabai camtu saje kalau hal penama ni kita abaikan. (Maaf if info ni not updated, mungkin pihak EPF dah buat penambahbaikan).

Berkenaan SOCSO plak, korang sure tahukan those yang having gaji pertama RM3,000 dan ke bawah wajib mencarum utk SOCSO; once you’re in, you’ll always in. Maksudnya sekali kita mencarum bagi SOCSO, kita wajib terus mencarum. Dalam kebanyakan kes, biasanya in our first job kita dicarum utk SOCSO dlm gaji. Dalam kebanyakan kes, assuming kita ditawarkan gaji di tempat baru RM5,000 dan tanpa kita sedari our new employer tidak mencarum utk SOCSO. Kesannya kalau berlaku kematian/kecacatan kekal, waris kita akan hilang kelayakan utk pencen ilat (50% of our last wage). Syarat SOCSO, kita mesti mencarum 24 months consecutively bagi menikmati faedah ini. Plse also bare in mind pasal perlindungan insurans sepanjang kita pergi & balik dari/ke rumah-tempat kerja.

Banyak le aku nak share pasal ni. Sampai dah tak reti nak tulis. Any HR personnel yg lain nak share gak?

No comments:

Post a Comment