13 February 2010

Jawapan utk e-Talkshow by AE part 1

Assalamualaikum, sebelum aku mula menjawab soalan-soalan ni, aku mohon untuk menggunakan ganti diri ‘aku’ instead of ‘saya’ agar ‘lebih mesra alam’. Terlebih dahulu aku ingin ucapkan tahniah kepada AE di atas idea yang sangat bernas untuk mengelolakan e-Talkshow ini. Terima kasih juga atas penghargaan yang diberikan untuk menjadi tetamu pertama dalam siri ini.


1. Why did you choose this career in TELEKOM with a different education background of yours?

Hmmm …. Dari mana ye aku patut mulakan? Beginilah, aku merupakan salah seorang daripada 150 orang yang terpilih di kalangan local universities’ student untuk menerima Biasiswa Yayasan Telekom Malaysia dalam tahun 1993. Kalau nak diceritakan macamana usaha aku untuk dapatkan biasiswa tu memang panjang lebar. Yang nyata aku berbangga kerana aku percaya aku beroleh peluang ini (Biasiswa YTM) atas usaha gigih sendiri, doa ibu bapa & yang pasti ketentuan Allah SWT. Aku juga perlu sebutkan di sini antara insan yang terlibat secara tidak langsung dengan rezeki ini adalah Saudara Jalaq. Terima kasih tidak terhingga Jalaq. (Maaf ye, introduction daripada aku agak panjang lebar. Hehehehe)

Antara syarat yang perlu aku patuhi dalam perjanjian Biasiswa YTM itu adalah aku perlu berkhidmat dengan Telekom Malaysia ‘2 kali ganda tahun pembiayaan’, so kontrak perkhidmatan aku adalah 8 tahun. [Nota: Kalau aku breach contract tu aku kena bayar up to RM60,000] So, sebaik menamatkan pengajian dlm bulan April 1997 dan menghadiri konvo pada 26 Julai 1997, aku memulakan kerjaya aku di Telekom Malaysia pada 1 Ogos 1997.

Oh! Ya. Mungkin ada yang tak perasan aku ni sebenarnya graduate BIT (Alhamdulillah, dpt 2nd Upper). Tapi entah la, mungkin dengan pelbagai pendedahan dengan aktiviti persatuan di sekolah, universiti, keluarga & masyarakat membuatkan aku lebih ‘hampir’ dengan masyarakat teramai (mass people). Bahkan semasa aku di UUM, aku dijadikan wakil tidak rasmi YTM bagi menyalurkan maklumat untuk semua student tajaan YTM termasuklah a few ‘mahasiatua’ (istilah yang selalu disebut oleh Pak Abu Seman Awang (sekarang Datuk), bekas Ketua Penolong Pendaftar HEP UUM – merujuk kepada student veteran). [Mahasitua ni sebenarnya merupakan anggota TM yang melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa].

Dengan itu secara tidak langsung kakitangan YTM memang semuanya mengenali aku & pendedahan yang pernah aku lalui. Bila aku start my career in TM, depa2 ni antara insan yang mencadangkan agar aku ditempatkan untuk berkhidmat di Bahagian Sumber Manusia Korporat TM. Memandangkan aku ni IT background, depa terpaksa letakkan aku di Unit Human Resource Information System (HRIS), salah satu unit di bawah Bhgn Sumber Manusia Korporat as System Analyst. Namun begitu, aku sering terdedah dengan penglibatan dalam aktiviti rasmi TM selalu pengacara majlis-majlis rasmi (aku still simpan some of my MC texts), video conferencing, lawatan Menteri & majlis tidak rasmi (ceramah, kuliah subuh (hehehehe), program motivasi, hari keluarga etc). In fact, kalau dulu in 1997-2001 dulu Bahagian Corporate Affairs TM memang panggil aku untuk hampir semua majlis rasmi TM di sekitar KL (pernah sekali kat Melaka). [Ada sorang budak Corporate Affairs tak percaya aku ni staff HR. Mati-mati dia dok ingat aku ni budak Corporate Affairs].

Pendedahan dengan majlis-majlis rasmi ini membuatkan aku tak rasa kekok untuk menyapa & berkenalan dengan some senior managements of TM. Satu hari aku dipanggil ke Pejabat Naib Presiden Kanan (Senior Vice President) Sumber Manusia Korporat & ditawarkan untuk bertukar ke HR mainstream job. Time tu jugak aku cakap “Okay, I accept this offer”. Keesokan harinya aku dapat transfer letter. So, bermula 1 Januari 2000 kerjaya aku sebagai HR personnel di TM/ Kumpulan TM bermula dengan rasminya.



2. Biggest achievements in TELEKOM you had made and biggest mistakes?


Kalau ditanya dengan pengalaman manis di TM ni berkenaan kerjaya aku nak je jawab pengalaman migration Telekom Multimedia (one of the division dlm TM in 1995-2001) to become TM Net Sdn Bhd. Aku berbangga kerana terlibat secara langsung dalam migration ini termasuklah dari segi creation of corporate branding (we had the session in KLGCC in 2001 – 1st time masuk sana time tu) & staff migration. Okay, enough about that.

Walau bagaimanapun, antara my biggest achievement dalam TM yang pernah aku capai ialah berjaya execute Voluntary Separation Scheme (VSS) di Meganet Communications Sdn Bhd (one of TM & NTT join-venture company). Kisahnya bermula pada 1 April 2006 bila aku ditawarkan sebagai Head HR & Administration di Meganet tu. [Nota: aku terpaksa resign dr TM Net demi menerima tawaran ini as my boss in TM Net tak allow untuk aku pergi secara secondment]. CEO Meganet (kebetulan dia pun former TM Net staff) sebenarnya dah berkhidmat di situ selama 2 tahun sebelum aku datang. For the past 2 years tu, dia cuba mengurangkan staff Meganet daripada hampir 70 orang kepada less than 20 personnel namun tak berjaya.

Nota: Meganet merupakan sebuah System Integation (SI) company (we work based on project basis), so sebenarnya tak perlu hire personnel on permanent basis. Mistakes done by previous management of Meganet adalah semenjak awal penubuhan company tu kesemua IT personnel hired as permanent staff. Masalah timbul apabila projek yang siap & new project yang company dapat doesn’t match with skill set & competency staff yang sediada. Therefore, ramai non-utilised & under-utilised staffs; and this scenario memang meningkatkan OPEX syarikat. Semasa aku di syarikat tu, penggunaan staff hanyalah sekitar 15-20% sahaja. Based on study & market comparison yang kami buat serta benchmarking dengan SI yang lain, Meganet should be having maximum of 20 employees only. Ini bermakna aku perlu kurangkan more than 70% of the staff sedangkan rekod TM dalam perlaksanaan VSS hanyalah sekitar 5-8% sahaja walaupun target yang diletakkan sekitar 10%. Korang jangan fikir kami ni kejam plak ye. Sebenarnya lepas VSS ni being take place & Meganet got some project, ex-Meganet staff yg berpotensi masih dipanggil berkhidmat secara contract & project basis. Depa lebih suka dengan cara macam tu.

So, di hari pertama aku masuk aku diminta oleh my CEO untuk execute VSS di Meganet. Hampir sebulan jugak le aku dihantui rasa bimbang untuk melaksanakan tugas berat itu. Dipendekkan cerita, kami berjaya melaksanakan VSS di Meganet dengan success rate hampir 75% (staff berjaya dikurangkan kepada 18 orang sahaja – in first month of its operation after VSS, the company has turn to black). We spent RM1.5M to pay the VSS package.

Yang lebih membanggakan aku adalah tiadanya sebarang industrial dispute (staff bawak kes ke Industrial Relations/Labor Office) bahkan Employee Satisfaction Index (ESI) Meganet pada tahun 2006 itu mencatat the highest rate in TM Group – score of 7.83; achievement TM Group was only around 7.3 (initial target was 7.5). Kunci kejayaaan ini adalah kami (the Management) really make our conscious very clear yang kami bukannya nak menganiya staff bahkan ingin membantu mereka. Satu lagi principle yang aku amalkan sewaktu itu adalah “bad news should travel fast” – kami tidak berahsia berkenaan prestasi syarikat & memaklumkan perancangan syarikat kepada semua employee dalam perjumpaan bulanan anggota.

Kalau nak bercerita panjang pasal perkara ini memang boleh, nanti korang feel bored plak kang. Those yang nak tahu camno aku buat VSS ni, just call me ‘kay? Nanti kita boleh story panjang.

My mistakes? Huh! Rasanya get myself stuck in existing position kot! Lepas aku berjaya execute VSS di Meganet aku ditawarkan masuk semula ke TM mulai 1/2/2007. Mulai tarikh itu aku kena in charge of Project Management di Shared Services Operation TM. Based on experience tu, aku ditawarkan buat project management utk SAP rollout untuk Celcom Group mulai 1 Jan 2008 di department sekarang. Tengah dok study pasal perkara ni, tiba-tiba mulai 1 April 2008 aku kena buat SAP (Send Another Problem?) Support HCM (Human Capital Management) module. Ya Allah! Memang seksa aku dibuatnya. Malas la nak cakap banyak-banyak (ye la biggest mistakes kan?) Tapi aku percaya pasti ada hikmah di sebalik semua ini.

Oh! Ya. Mesti ada yang tertanya “Apsal tak try mintak transfer”. Seriously memang ada a few departments/TM Subsidiries yang nak ambik aku. Malangnya my GM tak mau lepaskan aku. Haru betul.

No comments:

Post a Comment