13 February 2010

Surat rasmi

Aku baru terjumpa surat yang aku maksudkan tu. Nak scan takde facility la plak. So, di sini aku titipkan semula surat yang aku draftkan ini. Kalau ada kesalahan tatabahasa dsb plse inform ya. Boleh le aku improve kan di masa akan datang (kalau ada kesempatan & peluang camni lagi):
********************************************************************

22 Jun 2006
25 Jamadilawal 1427


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN KELANTAN
TUANKU ISMAIL PETRA IBNI ALMARHUM SULTAN YAHYA PETRA

D.K., D.M.N., D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Selangor), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Perak), D.K. (Terengganu), D.K. (Perlis), D.K.M.B. (Brunei), D.P.S.S (Sarawak), D.P. (Sarawak), S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI KELANTAN DARUL NAIM


UCAPAN TAHNIAH KEPADA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN KELANTAN


Ampun Tuanku

Patik dengan penuh rasa rendah diri merafak sembah serta menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Bagi pihak Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan serta seluruh warga kerja xxxxxxxxx Sdn Bhd, patik berdoa semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat dan diberkati Allah S.W.T.

Patik juga ingin memohon limpah kurnia serta perkenan Tuanku bagi menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan keluarga di atas perlantikan puteri bongsu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’Ishah Putri Binti Sultan Ismail Petra selaku Majistret wanita pertama di Negeri Kelantan Darul Naim, sekaligus Majistret yang paling muda dalam sejarah perundangan Malaysia.

Patik percaya Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’Ishah Putri Binti Sultan Ismail Petra akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang, adil dan saksama demi agama, bangsa dan negara tercinta ini. Sesungguhnya perlantikan ini telah melakar satu lagi sejarah cemerlang Negeri Kelantan Darul Naim di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Menjunjung Kasih

Ampun Tuanku

- tt -
NAMA CEO
Ketua Pegawai Eksekutif
xxxxxxxxx Sdn Bhd

1 comment:

  1. bagus dan menjadi bahan rujukan kepada saya. terima kasih

    ReplyDelete