13 February 2010

Jawapan utk e-Talkshow by AE part 3

5. Saya akan hargai orang yang (i) menghormati masa (aku ni jenis yang in-time or sometimes on time) (ii) menghormati diri sendiri & orang lain (besar ertinya perkara ini buat aku; scopenya terlalu luas)


6. 3 sebab kenapa atoque suka Manchester United (ehh..peminat ker?..kalo bukan peminat..jawab jer yer hihi)


Team kegemaran aku sejak kecil lagi ni. Sebabnya:
- traditions that has been set & achieved by the team
- himpunan pemain-pemain yang hebat
- jersey merahnya tu (yang cantik menarik tertarik kau memang da bomm)


7. Siapa yang atoque ingin sekali dapat jumpa dalam dunia ni (samada hidup atau mati) ? Dan kalau jumpa - apa soalan nak tanye orang tu?

Perdana Menteri Malaysia. Nak tanya “Kenapa dengan adanya world class facilities dalam negara ini, kita masih gagal/ belum berjaya membentuk world class mentality among our citizen?” dan “Kenapa penguatkuasaan (enforcement) undang-undang, peraturan dsb di negara ini terlalu banyak exceptions nya?”.

Actually dulu aku pernah tanya soalan lisan berkenaan peranan mahasiswa Malaysia kepada Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (sekarang Tun) dalam satu majlis dialog kepimpinan mahasiswa Malaysia kat Kelab Darul Ehsan in 1996 (masa 3rd year).

8. 5 benda yang rasanye atoque "can't live without". (ni soalan kira atoque carry manjang benda ni kemana saja pergi)

5. Wallet
4. Jam
3. Spek mata (cuma ditanggalkan time mandi & tidur sahaja)
2. Handphone
1. Amanah yang diberikan oleh mak & ayah untuk ‘sentiasa menjaga nama baik keluarga’


9. Apa pendapat atoque tentang perempuan merokok?

- Mulanya agak terkejut (sorry la ye kalau ada yang terasa – aku imagine depa ni macam ‘kupu-kupu malam’ pun ada gak)
- La ni dah kurang sket rasa macam tu coz dah terlalu biasa tengok pompuan smoking akhir-akhir ni)


10. feberet foods/drinks atoque? (alaa ni soalan ntah apa-apa dari makeup artist)

- Western food
- Kuewtian Cantonese
- Tart nenas, baulu gulung (geng ngan Harsa ni)
- Rendang daging, laksa & mee kuah (yg mak aku buat)
- Bab air aku tak cerewet sangat, bedal je semua yang halal
- No buah pala please!

No comments:

Post a Comment