30 August 2010

Selamat Hari Kemerdekaan ke-53 Malaysia


Salam merdeka

31 Ogos. InsyaAllah bakal tiba kurang dari 1 jam lagi semasa aku menulis di sini. Alhamdulillah betapa negara ini telah mengecap pelbagai kejayaan dalam usia singkat kemerdekaan ini. Pastinya penat jerih pejuang2 kemerdekaan terdahulu sukar digambarkan dengan kata-kata. Yang lebih utama kini adalah pengisian kemerdekaan itu sendiri.

Kata orang, jika kita ingin melihat masa depan sesebuah negara itu, lihatlah pada golongan muda pada hari ini. Pada pandangan mata kasar aku, ramai yang hanyut dalam mencari erti kemerdekaan itu sendiri. Adakah dengan melaungkan 'Merdeka' menjelang jam 12 malam 30 Ogos setiap tahun, membawa erti kita benar2 menghayati erti kemerdekaan itu? Adakah dengan melakukan pembaziran untuk sambutan secara besar-besaran bermakna kita cukup patriotik? Bagaimana pula dengan kekotoran sampah sarap & kerosakan harta benda, bunga hiasan dll yang ditinggalkan saban tahun selepas selesai acara 'sambutan' kemerdekaan itu?Tepuk dada, tanya diri sendiri.

Yang nyata, aku memang menentang idea meletakkan bendera Malaysia pada kenderaan. "Tak merdekakah minda aku kerana berpendirian sebegitu? Tak patriotikkah aku?" Aku punya alasan tersendiri untuk menentang idea itu. Berikut adalah persoalan bagi menjawab pendirian aku:

a) Berapa ramaikan antara kita yang tanpa sengaja terlanggar Jalur Gemilang bersaiz mini yang bertaburan di jalanraya yang mungkin tertanggal daripada kenderaan? (motorsikal mahupun kereta). Sekadar perbandingan, aku sendiri terjumpa tak kurang daripada 10 bendera Malaysia bersaiz mini ini yang bertaburan di jalanraya sepanjang Ogos 2010. Sedih tengok bendera lambang kemegahan negara ini bersepah di jalanraya.

b) Bagi yang memasang Jalur Gemilang pada kenderaan berat spt lori & bas - korang perasan tak yang warna putih pd Jalur Gemilang tu lepas seminggu (lebih kurang) dah jadi hampir gelap dek kerana asap kenderaan. Begitu sekalikah cara kita menghargai lambang jati diri sebuah negara berdaulat?

Apa pun jauh di sudut hati, aku berbangga kerana pernah menyertai kontingen Badan2 Korporat semasa sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun 2005 di Putrajaya. Kami menjalani latihan intensif selama 5 hari (sekejap aje tu) sebab kami hanyalah perlu melintasi dif2 kehormat sambil berkawad. Seawal 5 pagi masing2 dah get ready di Putrajaya. Lepas solat Subuh, dah kena ambil posisi masing2.

Masa latihan ada aje kerenah kawan2 yang membuatkan masing2 tergelak, kawad pun berterabur macam taik kambing. kekeke. Alhamdulillah pada hari kejadian, team aku berjaya lakukan tugas kami dengan jayanya. Yang membuatkan aku bangga adalah Meeza bawak anak2 aku (dia drive ke Putrajaya awal2 pagi) utk saksikan aku & kawan2 berkawad. Sambil berkawad tu aku kami nyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan tahun tu & lagu2 patriotik yang lain. Tanpa aku sedar, ada rasa sebak dan titisan air mata tanda rasa bangga & kecintaan aku pada negara ini semasa aku berkawad tu

Selamat Hari Kemerdekaan ke-53 buat Malaysia

20 August 2010

Happy birthday Kakak



Semalam 19 Ogos 2010 - genap 11 tahun usia anak sulung aku Azzaliyana Azeem. Lahir pd 19 Ogos 1999, pd jam 7:33 pm dengan berat 3.33 kg di Ampang Puteri Specialist Hospital. Di rumah kami panggil Kakak or Nana aje. Kawan2 panggil Azza. According to Meeza, Kakak banyak warisi sifat2 aku. Antaranya keras hati, cerewet dll. hehehehe



Minat utama dia sekarang: Membaca. That's why mintak hadiah buku aje.



Cheese cake - her favorite

Ayah, Mama & adik2 doakan Kakak agar dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, beroleh kejayaan di dunia & akhirat, jadi anak yg solehah & contoh terbaik buat adik2.

17 August 2010

Ramadhan part 1

Salam


Hari ni masuk hari ke-7 masyarakat Islam di Malaysia berpuasa. Alhamdulillah setakat ini kami sekeluarga dikurniakan kesihatan utk menjalani ibadat ini. Anak sulung (Azzaliyana Azeem - Darjah 5) & adiknya Aiman Azeem (Darjah 4) tiada apa2 masalah. Yg kecik je (Ammir Azeem - Darjah 1) aje the first 3 days puasa setengah hari je. Tak tahan dugaan puasa kot.

Ammir bersekolah KAFA pd sesi pagi & sekolah kebangsaan pd waktu petang. Puasa dia dari pagi hanya bertahan sampai masa rehat sekolah kebangsaan tu. Takpe la adik ... itu semua latihan utk puasa penuh. During weekend boleh plak dia puasa penuh - tapi dari pukul 3 pm dah start tanya bila boleh buka puasa. Hari ke-6, Ammir berjaya berpuasa sepanjang hari. Tahniah adik ;)

08 August 2010

Merintis kejayaan membentuk kecemerlangan

Salam

Dalam posting aku bertarikh 11 Mei 2010, ada aku sebutkan berkenaan hasrat aku kembali ke SMJ6 untuk projek susulan membantu pelajar di sana. Alhamdulillah, hasrat itu akhirnya terlaksana pada 31 Julai 2010; bermula pada jam 8:30 pagi hingga 4:30 petang.

Untuk tujuan itu, aku telah mendapatkan khidmat nasihat daripada
Dr Hj Ridzwan Bakar, seorang penulis buku panduan haji yang terkenal yang juga kenalan di tempat kerja. Dr Hj Ridzwan mencadangkan agar program susulan aku di SMJ6 ini dibuat dalam bentuk bengkel (workshop).[Nota: Dr Hj Ridzwan adalah penulis buku 'Haji Muda: Tip-tip menjadi tetamu Allah']

Program bengkel motivasi yang aku namakan 'Merintis Kejayaan Membentuk Kecemerlangan' dirasmikan oleh YDP Persatuan Ibu Bapa & Guru. Tertarik betul aku dengan ucapan perasmian secara impromptu oleh YDP PIBG yang memberi penekanan akan aspek kepentingan ilmu pengetahuan. Pengalaman beliau yang lama berkhidmat sebagai pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penglibatan dalam aktiviti PIBG di sekolah-sekolah yang lain sebelum ini sangat berguna kepada SMJ6 secara keseluruhannya.

Bengkel motivasi berkenaan dihadiri oleh 51 orang pelajar yang merangkumi sekitar 10 orang pelajar terbaik daripada setiap Tingkatan (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5). Oleh kerana kesuntukan masa & format bengkel yang agak padat, aku tak dapat luangkan banyak masa untuk mengenali adik2 SMJ6 itu. Pengisian bengkel banyak berkisar kepada perbincangan kumpulan, presentation & masa yang amat terhad untuk aku kongsikan tip-tip belajar buat adik2 SMJ6. Alhamdulillah kesemua 51 pelajar ini kekal mengikuti bengkel ini sehingga jam 4:30 petang.


Secara umum, bengkel berkenaan menggariskan berkenaan aspek Wawasan Hidup dan Penilaian Diri. Kemuncak program adalah apabila setiap pelajar diminta mengenalpasti kekuatan & kelemahan diri dan persekitaran mereka. Aku perkenalkan mereka dengan SWOT analysis. Maaf adik-adik jika ianya agak heavy bagi korang. Biarpun aku sendiri agak kurang yakin pada permulaan akan kesesuaiannya tapi selepas melihat hasil pembentangan sekurang-kurangnya 3 kumpulan (daripada keseluruhan 5 kumpulan) aku amat berpuas hati dengan hasilnya. Analisis terbaik berjaya dihasilkan oleh Ain manakala Ecah amat berani & penuh keyakinan diri.

Jika diberi pilihan untuk memilih peserta terbaik, 2 orang pasti beroleh pengiktirafan itu. Mereka adalah adik Wan Nur Aishah (Ecah) & adik Nor Hafizatul Ain (Ain) - kedua2nya pelajar Tingkatan 4. Pesanan aku buat kedua mereka ini - buangkan sifat 'inferiority complex' dalam diri anda. Trust me, you have what it takes to be a successful person. Tingkatkan usaha anda, be brave & be confident.

Dari kiri: Ain & Ecah. Gambar daripada FB Cikgu Lily


Tugasan buat Ecah & Ain: Cari makna 'inferiority complex'



InsyaAllah, jika ada kesempatan & undangan lagi - aku ingin kembali lagi ke SMJ6 untuk misi yang sama. Kali ini mungkin kita boleh buat dalam suasana yang lebih santai dan informal. My term remains the same - it's FOC ;)

14 July 2010

Lama menyepi

Salam

Lama betul aku tak buat new posting. Bukannya terlupa, tak ingat atau pun kawasan2 yg sewaktu dengannya. Tapi since 1 Jun 2010, I got transfered to a new department, aku memang occupied. Balik pun almost setiap hari after 8 pm. Penat tapi I really love & enjoy it - back doing HR operations. ;)

31 May 2010

Misi kemanusiaan



Pada 28 Mei 2010 (Jumaat) lepas aku & Meeza telah ke Yong Peng, Johor untuk menemui Mazian. Seawal 5:15 am kami kluar umah untuk elakkan kesesakan jalanraya sebab cuti hujung minggu yang panjang sempena Hari Wesak. Sampai di R&R Seremban, kami stop untuk breakfast & solat Subuh. 6:15 am kami bergerak dari situ menuju Yong Peng. Seawal 8:30 am kami dah sampai exit Yong Peng & terus menuju tempat Yan & anak2 menetap. Mereka menetap di rumah kedai mak Mazian yg disewa sebagai kedai menjual cermin mata (KK Vision). Lokasinya betul2 di tengah Pekan Yong Peng.



Yan nampak lebih tenang & ceria berbanding keadaannya di Hospital Selayang tempohari. Dia pun dah mampu tersenyum. Anak2 Yan pun dah semuanya dipindahkan ke Yong Peng.


Lawatan kami itu sepatutnya disertai oleh Bang Bull & Faiz – tapi last minute depa tak jadi pergi bimbang keadaan kesihatan Faiz yang menunggu hari je utk kelahiran anak ke-3 mereka. Takpe la, kesihatan Faiz tu lebih penting. Ziarah Yan ni boleh dibuat di lain kesempatan.

Kunjungan melawat Mazian juga sepatutnya disertai oleh wakil Puteri UMNO (thanks to our friend – Ida Harlina Ikhwan Nasir yg banyak membantu) & ketua kampung.

Sementara menunggu ketibaan mereka (aku janji nak jumpa mereka tu around 9:30 am), aku & Meeza bertanyakan kisah sebenar yg berlaku pd Yan. Menurutnya penderaan fizikal & mental yg dihadapinya dah berlaku right after her wedding, lebih kurang 13 tahun yang lalu. Sifat Yan yg suka memendam masalah rumahtangganya semakin menekan dirinya sehingga mereka berpindah ke Kuala Lumpur 5-6 tahun lepas. Di sini pun mereka menempuh hidup yang sukar atas desakan ekonomi, masalah penjagaan anak2, peluang pekerjaan yang amat terhad dll masalah di samping masalah rumah tangga yang tak pernah padam. Aku tak mau komen lebih lanjut buat masa ini.

9:30 am aku pergi menemui ketua kampung, Ketua Puteri UMNO Parit Sulong (Cik Aileen) & Ketua Puteri UMNO Ayer Hitam (Puan Nurhayati) untuk berbincang plan susulan. Secara ringkas juga aku menerangkan kisah Yan. Aku tak hadapi banyak masalah sebab mereka semua kenal dgn keluarga & Yan sendiri.

10 am kami semua bergerak ke rumah kedai mak Yan bagi menemui Yan yg terbaring di tingkat bawah. Ketua kampung & Puteri UMNO tanpa banyak soal, menyatakan komitmen mereka membantu Yan. Kami juga menerangkan beberapa checklist yang perlu diambil tindakan oleh Yan demi memelihara hak Yan & anak2nya.



Pihak2 yg menyokong Mazian di Yong Peng (keluarga, ketua kampung & Puteri UMNO)



Masing2 tengah go through checklist untuk tindakan Mazian

Aku & Meeza beredar dari situ sekitar jam 10:30 am untuk beberapa urusan lain (singgah Pekan Ayer Hitam – beli pasu & some kerepek; ke Parit Raja (melawat Razana Md Yusof – our UUM fren gak; budak Ekonomi; schoolmate aku masa Sek Men) & ke Parit Jawa (melawat cikgu aku). Dalam hati kami puas sebab berjaya menyampaikan amanah kawan2 dalam usaha membantu Yan & anak2.



Kami dah sampaikan semua salam kawan2 buat Yan. Yan menzahirkan ucapan ribuan terima kasih & setinggi2 penghargaan di atas keprihatinan kawan2. Kata Yan, “Tak terbalas budi baik kalian”.

Buat catatan, tak kurang daripada RM3,200 telah berjaya dihimpunkan di kalangan rakan2 UUM 93/97 dalam usaha membantu Mazian & anak2. Terima kasih aku ucapkan atas budi baik & keprihatinan korang. Semoga Allah SWT yg membalas semua kebaikan itu.

25 May 2010

Pilihan hidup

Salam ...

Dalam kehidupan, kita sering berhadapan dengan keperluan untuk membuat pilihan. Untuk jadi baik ataupun untuk jadi nakal (mcm Chah!). Untuk jadi taat ataupun engkar; untuk sopan ataupun kasar; to be or not to be dll.

Aku juga diberi pilihan untuk mengikuti rombongan memancing di One Phantom Bank (Nota: aku ni bukan kaki pancing pun) pada 16 - 17 Mei baru-baru ni - Ahad & Isnin. Mulanya aku fikirkan tarikh2 tu adalah hujung minggu (Sabtu & Ahad). Bila dah betul2 hampir dengan tarikh tu baru la aku perasan yang aku tak boleh nak join Panjang, Pai Black, PG & few other friends utk trip tu.

Nak main golf pun, tak brapa nak confident so Sabtu 15 Mei tu aku habiskan masa di rumah saja ngan Meeza & anak2. Ahad 16 Mei tu Hari Guru; paginya aku hantarkan ucapan Hari Guru buat bekas-bekas cikgu aku & rakan2 yg berkhidmat sebagai guru. Pagi tu gak, Meeza ajak ke rumah my mother in law kat Tmn Seri Gombak. (My mother in law tu pesara guru).

Dalam perjalanan ke Seri Gombak, aku terima satu text message dr seorang kawan lama yg bertulis (ringkas aje) "Wad 6c, 17, hospital selayang". Kawan lama ni antara classmate aku & Meeza semasa Matrikulasi UUM 91-93 dulu. Masa degree, dia ambil Accounting. Buat masa ni, cukup la aku namakan dia Mazian. Kawan2 rapat panggil Yan aje.

Mazian ni bekas pelajar MRSM Jasin (1989-90); antara budak pandai dlm kelas aku; antara pesaing hebat aku dlm subjek Maths selain Faiz (wife Bulat). Very soft spoken, polite & tak pernah berkasar dengan orang lain. Aktif dengan aktiviti Persatuan Pelajar Islam (PPI), team kompang, mahir berbahasa Mandarin. Lepas grad, Mazian kahwin dgn insan pilihan hatinya. Tak banyak info yg aku tahu pasal husband dia tu. Sehingga kini, Mazian punyai 6 orang cahaya mata (usia 2-12 tahun; 5 lelaki & 1 perempuan).

Lawatan ke Hospital Selayang sekitar jam 12:30 pm, pd Ahad 16 Mei 2010 menemukan kami sekeluarga dengan Mazian selepas lebih 2 tahun tak berjumpa. Kali terakhir jumpa Mazian & anak2 adalah pd 29 Disember 2007 masa UUM Class of 93/97 Reunion di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC). Mazian mengalami kemalangan apabila motorsikal yg ditunggangnya merempuh kereta pd Jumaat / Sabtu sebelum itu (maaf, aku tiada maklumat lanjut berkenaan kemalangan itu). Yan mengalami kecederaan patah tangan tangan, pergelangan kaki kanan & luka2 lain di lutut kanan.

Kami juga dimaklumkan oleh jururawat bertugas mengenai kesan-kesan 'luka lama' yg ada di tubuh Mazian.(Jeng jeng jeng ... - kisah ini baru bermula). Apa kesan2 'luka lama' tu aku tak boleh disclose lagi kat sini atas sebab2 tertentu. Yang pasti Yan memang dlm keadaan trauma. The worst part adalah Yan kini dah tak mampu nak menangis lagi. "Dah kering air mata", katanya.

Ringkasnya, pd malam Sabtu 16 Mei 2010 baru2 ni aku dah hantar lebih 200 text messages about 4 pages each (so total of > 800 text messages) kpd kawan2 rapat memohon bantuan rakan2 rapat untuk membantu Yan. Alhamdulillah hingga ke saat ini, aku dah berjaya himpunkan hampir RM3,000 untuk bantuan segera buat Yan & anak2. InsyaAllah bantuan2 lain akan menyusul sedikit masa lagi.

Terima kasih kawan2 kerana menyokong aku & Meeza dalam usaha membantu Yan & anak2. Semoga Allah SWT membalas budi baik kalian.

Alhamdulillah, bersyukur aku memilih untuk menolak pelawaan ke One Phantom Bank tu pd 16-17 Mei tu kerana dengan keputusan ini banyak perkara yg dapat aku uruskan pd dua2 tarikh berkenaan - mostly berkait rapat dengan kebajikan Yan & anak2. Isnin 17 Mei - secara tak langsung, aku telah uruskan perpindahan persekolahan anak2 Yan ke Yong Peng. [Macamana aku buat, biarlah rahsia buat masa ini]

REUNION_238
Mazian: 6 dari kiri


Terkini - keadaan Mazian di Hospital Selayang tempohari:



Aku percaya, kawan2 yang sudi menghulurkan sumbangan telah memilih untuk membantu Yan & anak2. Aku yakin sumbangan ikhlas ini akan beroleh keberkatan & pembalasan yang sewajarnya dpd Allah SWT.

Pilihan seterusnya terletak pd Mazian - untuk berterusan 'menderita' sebegini atau memilih untuk berubah. Yakin lah, kami semua di belakang mu Yan